Jurgen Klopp Akhirnya ‘Tibai’ Anak Buah Sendiri Selepas Dibelasah Oleh Man City

Jurgen Klopp tampil menghentam persembahan buruk anak-anak buahnya selepas tamat aksi kekalahan 4-1 mereka di tangan Manchester City dalam saingan Premier League malam semalam.

Klopp kebiasaannya akan menyalahkan hal-hal lain sebelum mengakui kesilapan skuadnya, namun semalam akhirnya beliau berhenti menyalahkan hal lain dan menghentam anak-anak buahnya sendiri.

Manchester City dilihat terlalu mudah merobek gawang Liverpool walau mereka turun beraksi tanpa kelibat penyerang utama mereka, Erling Haaland yang terpaksa diketepikan kerana masalah kecederaan.

Mohamed Salah terlebih dahulu membuka tirai jaringan dalam perlawanan ini, sebelum kelebihan itu dipadamkan oleh bintang Argentina, Julian Alvarez.

Skuad kendalian Pep Guardiola itu mula menunjukkan belang mereka pada aksi babak kedua perlawanan, dengan mereka berjaya memperoleh tiga gol sepanjang 45 minit kedua permainan.

Kemenangan itu memperlihatkan Man City kini kembali ke perlumbaan untuk menjulang gelaran Premier League, dengan mereka hanya ketinggalan lapan mata sahaja dibelakang Arsenal.

Lapan mata bukanlah jurang yang besar untuk Man City, apa lagi ketika memikirkan yang mereka masih memiliki kelebihan satu perlawanan yang belum dimainkan.

Liverpool sendiri sementara itu jatuh ke kedudukan kelapan dalam carta saingan liga, dan menyebabkan mereka semakin jauh dari kelompok empat teratas.

Klopp ‘tibai’ aksi hambar anak-anak buahnya

Selepas tamat perlawanan, Klopp tampil menghentam anak-anak buahnya tanpa belas kerana mempamerkan aksi persembahan yang cukup hambar bertemu City.

Pengurus dari Jerman itu menyalahkan anak-anak buahnya kerana tidak bertahan dengan baik dan kurang intensiti dalam perlawanan tersebut.

Jurgen Klopp boleh dikatakan agak berang dengan persembahan para pemainnya dan hal itu jelas terlihat ketika mendengar sesi temubual beliau selepas tamat perlawanan.

Bercakap kepada BT Sport, Jurgen Klopp menyatakan bahawa:

“Saya rasa kita boleh lihat apa yang memang kita dah jangka pada aksi babak pertama, Skuad Man City yang sangat dominan dan teratur, dan kita ada detik kita sendiri.”

https://twitter.com/Doozy_45/status/1642191775568625665?s=20

“Jadi 1-1 pada rehat separuh masa. Kita boleh tunjukkan kepada pemain apa perlu dilakukan, dan kita tahu dekat mana perlu kawalan kerana kawasan utama itu sangat jelas.”

“Jika kita tak menghalang dua pemain nombor enam, maka kita dalam masalah. Jika kita tidak mengawal dua pemain nombor 10, Gundogan dan De Bruyne, maka ia semakin mustahil kerana kawasan akan menjadi semakin luas.”

“Kita bolos gol pertama itu dengan saya berfikir ia adalah open ball di kawasan midfield yang mana kita tak begitu mencabar di situ, dan kita bermain terlalu deep untuk menunggu melakukan serangan balas. Sangat hebat. 2-1.”

“3-1 kita nampak permainan terlalu memihak kepada satu belah sahaja, sepatutnya menang bola tapi kita bahkan langsung tak bagi cabaran.”

“Hal-hal macam ini tak sepatutnya berlaku. Tapi ia berlaku dan terus berlaku selepas itu… Wow! Kita hanya biarkan sahaja mereka melakukan apa yang mahu mereka lakukan. Kita sepatutnya bersyukur kerana mereka bukan dalam mood tamak.”

“Tentang itu, memang tak ada hal baik yang boleh dikatakan tentang perlawanan ini. Ini adalah perlawanan yang kita sesuai untuk guna malang sekali dan menjelaskan lagi kepada pemain hal yang mana yang tak sepatutnya dibiarkan berlaku.”

“Kita tak boleh tak bagi cabaran di kawasan kunci dan biarkan ia terdedah seperti itu. Sekarang saya berdiri di sini dan saya perlu jelaskan tentang itu tapi saya tak boleh jelaskannya.”

“Saya tak boleh ubah itu sekarang, di sini, saya hanya katakan apa saya lihat dan kami akan bincangkan hal itu esok. Benda ni berlaku terlalu kerap.”

Liverpool tidak boleh keciciran mata lagi andai mereka mahu beraksi di pentas saingan Champions League musim hadapan.

Mereka kini sepertinya semakin jauh dari kelompok empat teratas dan jelas sekali ia bukanlah satu hal yang diinginkan oleh keseluruhan skuad Liverpool.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN