Jurgen Klopp: Adam Lallana Merupakan Pemain Penting Buat Liverpool

Adam Lallana

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp memberikan jaminan bahawa pemain tengah antarabangsa England, Adam Lallana masih berpeluang untuk memainkan peranan penting buat pasukan pada baki saingan musim ini.

Musim ini Lallana hanya beraksi selama 186 minit dalam saingan Liga Perdana Inggeris selepas pulih dari kecederaan yang dialami ketika latihan pra-musim.

”Adam (Lallana) benar-benar merupakan pemain yang penting dalam pasukan ini dan dengan persaingan yang dihadapi Adam, ianya tidak menjadi masalah buat dia kerana Adam sangat penting buat kami.”

”Kami masih memerlukannya, kami akan menggunakannya lagi.”

”Tetapi dia hanya memerlukan sedikit masa. Kehidupan adalah untuk belajar daripada kesilapan dan kita semua perlu belajar,” ujar Klopp lagi.

”Dia seorang yang tenang. Dia melihat kualiti pada pasukannya amat bagus tetapi dia sentiasa menjadi seorang pemain yang berusaha untuk ke tahap yang lebih tinggi dalam sesi latihan, kerana dia sentiasa gigih dengan apa yang dilakukannya.”

”Jadi 100% masanya akan tiba. Sama ada esok (bertemu Porto), saya tidak tahu.”

Liverpool akan melayani kunjungan Porto pagi ini di Anfield untuk perlawanan kedua pusingan 16 terbaik Liga Juara-Juara Eropah.

Pada pertembungan pertama di Estadio do Dragao, Liverpool mudah menumpaskan tuan rumah dengan keputusan 5-0 hasil jaringan hatrik dari Sadio Mane serta satu jaringan masing-masing dari Mohamed Salah dan Roberto Firmino.

Mungkin perlawanan pagi nanti menjadi peluang buat Adam Lallana untuk diturunkan sebagai pemain kesebelasan utama.

Sama-sama kita nantikan!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN