Pada awal musim, pasukan Bayern Munich mengalami sedikit penurunan prestasi di bawah kendalian Carlo Ancelotti.
Hasilnya, beliau telah pun disingkirkan kelab Jerman itu dan kini Jupp Heynckes telah kembali ke Allianz Arena untuk membantu pasukan tersebut.
Impak yang diberikan oleh Heynckes nyata cukup hebat, Bayern Munich kembali menguasai semula Bundesliga dan kini sedang mendahului carta dengan 41 mata.
Jarak yang dicipta oleh Bayern Munich di puncak Bundesliga nyata besar, mereka kini di hadapan Schalke 04 di tangga kedua dengan perbezaan 11 mata!
Hasil kerja yang cukup cemerlang oleh Heynckes nyata cukup hebat sehinggakan ia mendapat pujian oleh ketua pegawai eksekutif mereka sendiri iaitu Karl-Heinz Rummenigge.
Rummenigge menganggap pengurus tersebut sebagai seorang pengurus yang “luar biasa”.
“Heynckes telah lakukan satu hasil kerja yang amat cemerlang selepas beliau kembali ke pangkuan kami.”
Rekod kemenangan yang diperoleh Bayern Munich cukup mengagumkan, 15 kemenangan daripada 16 perlawanan!
“Jarang sekali kami berehat sempena cuti Krismas dengan perasaan yang cukup tenang. Tahun 2017 telah menjadi satu tahun yang cukup cemerlang buat kami semua.”
Bagi Rummenigge, dominasi yang cukup hebat yang dilakukan Bayern Munich ketika ini tidak mampu dicapai oleh skuad generasi emas kelab tersebut pada era 1970-an.
Ketika itu, skuad Bayern Munich dianggotai oleh legenda seperti Gerd Muller dan juga Franz Beckenbauer.
“Dominasi yang dimiliki Bayern Munich pada musim ini ternyata tidak mampu ditandingi oleh generasi emas kami pada 1970-an.”
Bayern Munich akan mula kembali berlatih apabila mengadakan sesi latihan di Qatar selepas cuti Krismas sebelum kembali menyambung kempen Bundesliga mereka.