Jupp Heynckes Bersemuka Dengan Lewandowski Yang Malas Berlatih

Bild melaporkan Jupp Heynckes telah mengadakan pertemuan secara peribadi dengan Robert Lewandowski kerana isu disiplin di pusat latihan.

Pada awal minggu ini, Jupp Heynckes telah mengkritik aksi Lewandowski ketika menentang Real Madrid dalam separuh akhir pertama UCL di mana Bayern tewas 1-2 di Allianz Arena.

Lewandowski dilaporkan malas untuk berlatih sejak akhir-akhir ini terutama sekali dalam 2 minggu terakhir ini. Aksi menentang Real Madrid tempoh hari dikatakan bukti betapa pemain ini tidak berada dalam kondisi terbaik kerana kurang latihan intensif.

Lewandowski tidak bersungguh-sungguh di dalam sesi latihan pasukan dan membuatkan beberapa rakan beliau marah dengan sikap beliau.

Kapten pasukan ketika ini, Thomas Muller meminta semua pemain agar ada mentaliti pembunuh ketika berkunjung ke Santiago Bernabeu. Namun mentaliti ini buat masa ini tiada pada Lewandowski.

Heynckes mahu membetulkan semula keadaan dan motivasi pemain tersebut. Ini kerana pada usia Lewandowski yang ada sekarang, beliau perlukan latihan yang berterusan untuk memastikan beliau dalam tahap optimum.

Bahkan pemain yang merupakan ‘back-up’ kepada beliau, Sandro Wagner kelihatan sangat bekerja keras meskipun hanya pemain simpanan.

Heynckes dikatakan tidak teragak-agak untuk meletakkan Lewandowski di bangku simpanan dan menurunkan Wagner dalam kesebelasan utama di Madrid dalam perlawanan kedua nanti jika penyerang dari Poland itu gagal meyakinkan beliau.

Bild juga mendedahkan, antara sebab Lewandowski kurang komited dengan Bayern Munich sekarang adalah kerana beliau terganggu dengan situasi kontrak semasa beliau.

Ejen beliau, Pini Zahavi dikatakan cuba membantu pemain tersebut berhijrah ke Real Madrid pada musim hadapan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN