Junior Eldstal Akui India Sebagai Pasukan Yang Sangat Kuat

Pertahanan Harimau Malaya iaitu Junior Eldstal mengakui lawan pertama mereka pada saingan Pestabola Merdeka 2023, India sebagai pasukan yang sangat kuat untuk dihadapi mereka.

Malaysia bakal memulakan aksi Pestabola Merdeka pada 13 Oktober ini dengan membuat perhitungan sulung mereka bersama India untuk menentukan siapa layak ke final.

Daripada segi ranking, kelebihan semasa terarah kepada India yang kini berada di tangga ke-102 dunia jika dibandingkan Malaysia dengan jarak sedikit jauh.

Walaupun begitu, prestasi semasa Malaysia yang sebelum ini mengikat seri Syria dan China juga tidak boleh diperkecilkan, selepas skuad kebangsaan kini jelas semakin berkualiti bawah kendalian Kim Pan-gon.

Eldstal yang beraksi cemerlang ketika aksi persahabatan lalu sekali lagi menjadi salah satu pilihan penting buat Kim dalam usaha beliau untuk mengukuhkan aspek pertahanan menjelang aksi bertemu India.

Berkelebihan daripada segi fizikal yang tegap dan tinggi, Eldstal sentiasa menawarkan bantuan cukup baik buat skuad kebangsaan khususnya ketika memenangi perebutan bola di udara bagi mengatasi lawan.

Saingan Pestabola Merdeka ini juga memberi suatu makna yang cukup besar buat Eldstal selepas beliau pernah menjadi wira Harimau Malaya pada tahun 2013 ketika mereka menewaskan Myanmar di Kuantan.

Ketika itu, pemain Dewa United tersebut beraksi di posisi tengah dan berjaya mencetak satu jaringan untuk memastikan Malaysia meraih kemenangan 2-0 mengatasi pasukan lawan.

“Sudah pasti saya mahu ulangi kejayaan lalu. Jika ada yang masih ingat, saya jaringkan gol ketika itu (2013) yang mana perlawanan berlangsung di Kuantan.

“Namun, ketika itu saya bermain di bahagian tengah dan kali ini saya bermain di posisi pertahanan. Jadi, sukar untuk saya naik ke atas.

“Kami sedar bahawa harapan peminat terhadap skuad Harimau Malaya selepas perlawanan menentang China dan Syria kini lebih tinggi kerana dalam kedua-dua perlawanan itu kami boleh menang sebenarnya walaupun terpaksa akur dengan keputusan seri.

“Prestasi cemerlang yang dipamerkan setiap pemain disumbang oleh faktor mempunyai keyakinan diri. Namun kami juga perlu akui bahawa pasukan India adalah sebuah pasukan yang kuat kerana mereka berada di kedudukan ke-102 dunia ketika ini,” katanya menerusi laporan Berita Harian.

Pada masa sama, pertahanan kental tersebut mengakui beliau kini tidak sabar untuk kembali beraksi di gelanggang rasmi Harimau Malaya iaitu Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), selepas hampir satu tahun pasukan tersebut tidak beraksi di sana.

“Tiada yang lebih istimewa selain venue sendiri kerana apabila kami bermain di Stadium Nasional, bukan sahaja bermain dengan 11 orang tetapi 12 orang iaitu penyokong adalah pemain ke-12,” katanya akhir sekali.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN