Junior Aparecido Sertai Skuad Warga Kota Untuk Liga Super 2018

Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) terus rancak dalam persiapan untuk menghadapi saingan Liga Malaysia pada musim hadapan apabila menandatangani pemain antarabangsa Timor Leste kelahiran Brazil, Junior Aparecido Guimaro de Souza atau pun lebih dikenali sebagai Juninho di kalangan peminat bola sepak tempatan.

Juninho bukan watak yang asing dalam kancah saingan Liga Malaysia. Sebelum ini, perancang tengah berusia 28 tahun ini turut pernah beraksi bersama juara Piala Malaysia 33 kali, Selangor pada musim 2014 sebelum menyertai Sarawak pada musim 2016.

Kredit: Goal

Juninho kemudiannya membawa karier bola sepaknya ke Qatar (Al-Markhiya) dan juga Brazil (Boa Esporte) pada musim lalu.

Perkembangan ini pasti sesuatu yang mengujakan buat penyokong skuad warga kota. Sebelum Juninho, bekas pemain tengah Kelantan dan Perak, Indra Putra Mahyudin turut disahkan menyertai Kuala Lumpur.

Ini diikuti oleh bek kanan berpengalaman, Mohd Firdaus Faudzi yang mengubah angin untuk bersama Kuala Lumpur selepas membantu skuad penyu itu bergelar naib juara 100Plus Liga Premier pada musim lalu.

Pengambilan Juninho oleh KLFA adalah bagi mengisi slot pemain asing dari negara ASEAN. Pemain tersebut memilih untuk mewakili Timor Leste sejak tahun 2015, dan telah tampil tidak kurang dari 10 perlawanan antarabangsa untuk Timor Leste.

Aksi bersama Timor Leste. Kredit: Pemilik gambar

Walaupun beraksi kurang daripada 30 perlawanan antarabangsa, KLFA dijangka tidak akan menghadapi masalah untuk mendapat kelulusan daripada badan penganjur, Football Malaysia LLP untuk menurunkan Juninho.

Selain daripada Selangor dan Sarawak, pemain yang lincah dan berkebolehan untuk menggelecek pertahanan lawan untuk membuka ruang serangan buat pasukan ini, turut pernah beraksi bersama FC Botosani di Liga Romania dan juga Muangthong United di Liga Thailand.

Pemain ini turut dikatakan serba boleh kerana berupaya beraksi di beberapa posisi termasuk sebagai pemain tengah menyerang, pemain sayap atau pun sebagai penyerang jika diperlukan.

Juninho dijangka akan digandingkan dengan penjaring terbanyak musim lalu, Guilherme De Paula untuk mengepalai jentera serangan skuad warga kota khususnya di saingan Liga Super Malaysia 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN