Jumlah Denda FAM Terhadap JDT Sejak 2013: RM358,000

Sejak ditubuhkan pada 2013, JDT merupakan nama popular dalam Jawatankuasa Tatatertib FAM. Sejak 2013 juga JDT, telah didenda sebanyak 15 kali oleh FAM—dengan jumlah denda mencecah RM358,000 (setakat hari artikel ini diterbitkan). Tetapi tidak pernah sekalipun Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan Johor, meluahkan kemurkaannya kepada sesiapa.

Kronologi Hukuman

1. 29 Jun 2013
Pemain pertahanan JDT, Aidil Zafuan Abd Radzak, digantung dua perlawanan dan terlepas aksi Final Piala FA 2013 menentang Kelantan selepas menerima kad merah dalam perlawanan Liga Super 2013 bertemu Lions XII. Rayuannya ditolak oleh Jawatankuasa Tatatertib FAM.

2. 4 September 2013
FAM mendenda Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) sebanyak RM40,000 kerana tindakan penyokong membakar suar dan membaling resit dalam perlawanan Liga Super antara JDT dan Selangor di Stadium Larkin pada 6 Julai 2013.

3. 19 Mei 2014
Dalam perlawanan antara JDT II dan UITM Selangor di Stadium Pasir Gudang, terdapat insiden penyokong membaling botol air kepada pegawai keselamatan serta pemain dan pegawai UITM Selangor. PBNJ didenda RM10,000 atas kesalahan pertama dan JDT II didenda RM20,000 kerana kelonggaran keselamatan. Bekas pengurus JDT II, On Jabbar, digantung selama 20 tahun dan didenda RM50,000 kerana menyerang pegawai perlawanan.

4. 13 Jun 2015
PBNJ didenda RM10,000 kerana gagal mengawal kelakuan penyokong ketika perlawanan Liga Super menentang JDT di Stadium Perak, Ipoh. Manakala bekas penjaga gol Johor Darul Ta’zim (JDT) II, Mohd Anis Faron digantung enam bulan dan didenda RM5,000.

5. 19 Jun 2015
Tindakan JDT II menurunkan pemain yang tidak layak bermain semasa perlawanan suku akhir ke-2 Piala FA menentang Lions XII menyebabkan mereka didenda RM5,000 dan dikira telah kalah perlawanan tersebut dengan jaringan JDT II 0–3 Lions XII.

6. 30 Disember 2015
Selepas perlawanan Liga Super 2015 antara pasukan KL Felda United FC menentang JDT, sekumpulan penyokong pasukan JDT telah menceroboh masuk ke dalam padang permainan. PBNJ didenda RM5,000 atas kesalahan ini.

7. 26 April 2017
Pemain JDT, Nazmi Faiz Mansor, digantung satu perlawanan dan didenda RM3,000 kerana melakukan kekasaran dalam perlawanan suku akhir kedua Piala FA 2017 menentang Pahang. Pemain JDT, Afiq Fazail, juga digantung satu perlawanan dan didenda RM3,000 kerana terjahan dalam perlawanan yang sama.

8. 1 Mei 2017
JDT dan Kelantan masing-masing didenda RM10,000 kerana penyokong mereka membaling objek ke dalam padang dalam perlawanan masing-masing.

9. 10 Julai 2018
Pemain JDT II, Muhammad Fazly Mazlan, digantung dua perlawanan dan diberi amaran keras kerana tindakan ganas dalam perlawanan Liga Premier 2018 menentang PDRM.

10. 15 September 2018
JDT didenda RM15,000 kerana penyokong menyalakan 25 batang suar dalam perlawanan Piala Malaysia 2018 menentang Kelantan.

11. 31 Mei 2019
JDT didenda RM25,000 kerana penyokong menyalakan mercun roket sebelum dan semasa perlawanan Liga Super 2019 menentang Pahang. Pemain JDT IV, Syahirul Fazly Zaini, digantung dua perlawanan dan didenda RM1,000 kerana mengeluarkan kata-kata kesat kepada pengadil dalam perlawanan Piala Belia 2019 menentang Perak.

12. 1 April 2021
Pemain JDT, Natxo Insa, digantung dua perlawanan dan didenda RM10,000 kerana kelakuan tidak bersemangat sukan terhadap pengadil dalam perlawanan Liga Super 2021 menentang Perak FC.

13. 31 Disember 2021
Pemain JDT, Safiq Rahim, digantung tiga perlawanan kerana tindakan ganas dalam perlawanan separuh akhir kedua TM Piala Malaysia 2021 menentang Terengganu FC.

14. 6 Julai 2023
JDT didenda RM120,000 kerana penyokong menyalakan suar dalam tiga perlawanan Liga Malaysia 2023 di Stadium Sultan Ibrahim.

15. 20 November 2023
JDT didenda RM15,000 kerana kegagalan mematuhi obligasi penganjuran sehingga penyokong mengejek, melakukan provokasi, dan menyerang penyokong lawan dalam perlawanan Malaysia Premier Futsal League 2023 menentang Selangor MAC. JDT juga didenda RM15,000 kerana penyokong menyebabkan kecederaan serius kepada penyokong Kuala Lumpur City FC dalam perlawanan akhir Piala FA 2023.

Profesionalisme Tak Goyah

Seperti pasukan Liga Super lain, jumlah RM330,000 adalah jumlah besar bagi JDT. Daripada membayar denda, JDT boleh menggunakan wang ini untuk membayar gaji pemain, menaiktaraf fasiliti kelab, dan melabur untuk meningkatkan kepakaran staf teknikalnya. Tetapi hukuman tetap perlu dibayar. Sultan Ibrahim tidak pernah sekalipun bertindak mengugut FMLLP, MFL dan FAM untuk menarik diri dari liga.

Terengganu juga, dalam tempoh sama, telah didenda melebihi RM200,000 oleh FAM atas pelbagai kesalahan. Paling terkenal adalah insiden pada 16 Mei 2015 ketika perlawanan separuh akhir kedua Piala FA menentang Lions XII di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin. Terengganu didenda RM87,500 kerana tindakan penyokong membakar suar dan membuat kecoh.

Senyap-senyap Sultan Ibrahim sebenarnya ada maknanya. Ia mencerminkan rasa hormat baginda kepada autoriti. Walau sebagaimana tidak adil pun hukuman tersebut nampak di matanya, baginda tetap menghormati fakta bahawa dalam bola sepak Malaysia—keputusan MFL dan FAM perlu dihormati.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN