Julian Weigl Tinggalkan Dortmund Untuk Sertai Benfica

Juara Portugal, Benfica telah bersetuju dengan rundingan bersama Borussia Dortmund untuk menandatangani pemain tengah Jerman, Julian Weigl dengan perpindahan bernilai €20 juta.

Weigl merupakan di antara pemain yang kerap diturunkan Dortmund sejak beliau menyertai pasukan itu dari 1860 Munich pada 2015 terutamanya sewaktu Thomas Tuchel membimbing kelab itu.

Pemain berusia 24 tahun itu telah pun membuat 171 penampilan bersama BVB dan memenangi DFB Pokal pada musim 2016/17 serta Piala Super Jerman pada awal musim ini. Beliau turut memiliki lima kaps bersama skuad kebangsaan Jerman.

Namun sejak Dortmund dikendalikan oleh Lucian Favre, Weigl semakin kurang bermain kerana terpaksa bersaing dengan beberapa pemain lain seperti Axel Witsel, Thomas Delaney serta pemain muda Tobias Raschl.

“Julian telah menyatakan keinginannya dan kami bersetuju – juga kerana perkhidmatannya untuk kelab selama ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya buat dirinya pada masa hadapan.” kata Pengarah Sukan Dortmund, Michael Zorc.

Menurut Dortmund, perjanjian tersebut tertakluk kepada keputusan pemeriksaan  kesihatan dan Weigl dijangka akan menandatangani kontrak dan melengkapkan perpindahan beberapa hari lagi.

“Saya mahu berterima kasih kepada semua rakan sepasukan, warga kerja BVB dan semua penyokong kelab terhebat ini. Saya akan sentiasa letakkan Borussia Dortmund dalam hati saya.” ujar Weigl kepada laman web rasmi kelab.

Dengan kehadiran Raschl, Dortmund dijangka tidak akan mencari pemain tengah bertahan yang baharu dan pemain muda berbakat itu akan terus diberi kepercayaan untuk bermain lebih kerap dalam kesebelasan utama.

Benfica kini sedang mendahuli Liga Portugal dengan 39 mata dari 14 perlawanan, empat mata mengatasi pasukan di tangga kedua, Porto. Selepas ini mereka akan berdepan Vitoria Guimaraes pada Sabtu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN