Julian Nagelsmann digelar sebagai Mourinho di Jerman. Ia merujuk kepada kualiti pengurusan beliau. Namun dari segi taktikal, beliau mengakui banyak mengikuti corak taktikal Thomas Tuchel dan Pep Guardiola.
Ketika di Hoffenheim, Nagelsmann mengambil kira pelbagai aspek dalam usaha membentuk pasukan yang boleh bermain dengan komprehensif.
Visual akan lebih ‘melekat’
Beliau antara pengurus yang meminta dipasangkan satu layar ‘tv’ besar di pusat latihan. Alasan beliau adalah untuk memastikan para pemain melihat secara visual tentang corak permainan dan juga beberapa sampel secara realiti.
Dalam perancangan taktikal, persiapan adalah sangat penting. Elemen latihan taktikal dan teknikal adalah sebahagian daripada persiapan sebelum perlawanan.
Namun sebelum melakukan latihan, anda juga perlukan persiapan untuknya.
“Pada awal pagi, selepas bangun saya akan mengambil pembaris, pensil dan kertas untuk menulis. Saya akan cuba meneliti sama ada idea saya boleh diterjemahkan dalam realiti,” jelas Nagelsmann.
“Saya akan mencari video yang sesuai untuk membantu saya dalam perancangan taktikal. Kemudian, saya akan sentiasa mencubanya dengan pasukan saya.”
"In the morning in the bathroom. I write with a ruler and a pencil on a piece of paper. Later, I see if the idea matches the reality, looking for video scenes that fit. And then it often that I try with my team."
Julian Nagelsmann [Frankfurter Allgemaine] pic.twitter.com/TaUDX3aBly
— Left Back Football (@LeftBackFtball) July 15, 2019
“Saya dapati, pemain akan belajar lebih cepat jika kita menerangkan mereka dengan konten visual. Membiarkan mereka untuk merasai [pengalaman] secara visual, lagi dan lagi [berulang kali].”
"Players learn more and faster when I visualize their content. Experienced seen and experienced again – in this combination, the most stick in the brain. We just try everything here and look in the end, whether this brings us something or not."
Julian Nagelsmann [FAZ] pic.twitter.com/f1mVkyPf0n
— Left Back Football (@LeftBackFtball) July 15, 2019
“Kombinasi pembelajaran seperti ini paling melekat di dalam otak. Kita akan cuba segalanya di pusat latihan dan tengok apa hasilnya. Sama ada perkara ini memberikan kita sesuatu ataupun tidak.”
Nagelsmann juga merasakan kaedah ini menarik dan juga seronok untuk dinikmati. Salah satu elemen tambahan penting dalam latihan adalah seronok.
Dan pada masa yang sama, skrin itu boleh digunakan mereka melegakan sedikit tekanan selepas berlatih dengan bermain permainan video FIFA.
PHOTO OF THE DAY: #hoffenheim players using a big screen to play FIFA… pic.twitter.com/aNP3MJRX3l
— Spreadex Sports (@SpreadexSport) February 3, 2018
Nagelsmann sukakan Juego di Posicion dan gegenpressing
Nagelsmann kemudian tertarik dengan idea pengurus seperti Guardiola yang mempelbagaikan lagi variasi permainan posisi.
“Gaya permainan dengan permainan posisi [Juego di posicion] akan menjadi ‘trend’.”
“Kita hari ini selalu melihat pemain sayap masuk ke tengah dan bek sayap bermain sebagai pemain sayap [di zon serangan].”
“Kita semua selalu melihat Guardiola mengarahkan bek sisi beliau masuk ke tengah [false fullback].”
Anda boleh rujuk artikel ini tentang peranan bek sayap songsang (inverted fullback/false fullback) dengan penjelasan video di dalamnya.
“Jadi, ada potensi yang sangat tinggi suatu hari nanti, bek tengah akan menjadi pemin no.6 [holding midfielder].”
Nagelsmann dan counterpressing/gegenpressing
Nagelsmann kemudian lebih gemarkan gegenpressing ketika bertahan berbanding kaedah tradisional iaitu bertahan dengan duel. Ketika di Hoffenheim beliau mengambil kira aspek kekuatan fizikal dan stamina para pemainnya.
“Dalam setiap duel, kita ada parameter rawak – bola boleh melantun ke mana sahaja, sama ada dari permukaan padang ataupun dari kaki lawan.”
“Oleh itu, saya tidak gemarkan corak permainan yang menekan lawan dengan banyak pertarungan fizikal, meluru kepada lawan untuk memenangi bola seperti itu [roburst].”
“Saya lebih gemarkan permainan menutup garis hantaran [passing lanes] dan menutup opsyen pihak lawan dengan skil – serta mengenakan tekanan [pressure] kepada pembawa bola dengan lebih kecerdasan [intelligence]. Ia akan memungkinkan kita mendesak mereka melakukan kesilapan [kerana panik].”
“Setiap kali kita berjaya merampas bola, fasa seterusnya – kepantasan akan memainkan peranan penting dalam usaha mencipta peluang gol.”
“Jika kamu memilih untuk memenangi bola dengan cara duels, anda perlu bekerja keras – terutamanya jika kamu gagal dalam 5 duels pertama.”
Apa yang Nagelsmann maksudkan adalah, ada sesetengah pasukan memiliki pemain sangat teknikal dan fizikal. Ianya akan memaksa pasukan beliau untuk menggunakan tenaga dan fizikal yang sangat banyak.
Nagelsmann menggemarkan pemain lincah. Dan biasanya tidak terlalu ramai pemain yang sangat fizikal di dalam pasukan. Oleh itu beliau memilih corak counterpressing dengan menutup garisan hantaran dan juga memastikan opsyen lawan terlindung.
Lihat contoh di bawah bagaimana pasukan Hoffenheim (biru) mengaplikasikan sistem counterpressing tanpa terlalu fizikal ke atas lawan mereka. Sebaliknya mereka mengenakan tekanan secara gerakan taktikal yang intensif. Pemain A kini dalam tekanan untuk melepaskan bola segera dengan kualiti yang paling tinggi.
Pilihan mudah apabila semua opsyen ditutup adalah pemain A melambungkan sahaja bola ke atas.
Misi utama gegenpressing seperti ini adalah untuk mendesak lawan melakukan kesilapan dalam kadar intensiti tempo yang tinggi. Jika mereka tak cukup bagus dengan pertukaran hantaran mereka berpotensi gagal melepasi (bypass) tekanan tersebut.
Apabila bola dimenangi, pasukan biru itu akan menggerakkannya dengan pantas dengan kualiti teknikal yang baik untuk memastikan mereka boleh mencipta peluang.
Rumusan
Berdasarkan kenyataan Nagelsmann ini, kita boleh pelajari bahawa, idea sahaja tidak menjamin aplikasi yang berkesan. Jangan sekadar terlalu idealistik tanpa mengambil kira isu realistik, melibatkan kualiti pemain dan juga kefahaman para pemain dalam satu pasukan.
Seterusnya, kita juga belajar, persediaan yang rapi adalah sangat penting. Kaedah untuk memberikan kefahaman kepada pemain itu adalah pelbagai. Jadi, jurulatih boleh memilih metodologi dan alat bantuan yang mereka mahu gunakan.
Dalam kes Nagelsmann beliau turut mendapat sokongan daripada kelab untuk membekalkan peralatan yang membantu persiapan pasukan. Kami masih menanti tv besar dipasang di pusat latihan Leipzig.
Bermula musim 2019/20 beliau akan bersama dengan pasukan baharu iaitu RB Leipzig. Salah satu sebab beliau dilantik adalah kerana falsafah permainan bola sepak yang beliau terapkan. Jadi, kami akan jangkakan RB Leipzig akan bermain dengan corak yang sama.