Juergen Klopp Tidak Gemar Gelaran ‘Fab Four’, Yakin Liverpool Setanding Manchester City

Pihak media telah menggelar rangkaian empat pemain serangan Liverpool kendalian Juergen Klopp: Philippe Coutinho, Sadio Mane, Roberto Firmino dan Mohamed Salah sebagai ‘Fab Four’; bererti empat pemain terhebat.

Selain daripada untuk menyatakan kehebatan gandingan empat pemain tersebut dalam membantu jentera serangan kelab Merseyside itu, nama gelaran ‘Fab Four’ turut merujuk kepada kumpulan pemuzik terkenal berasal daripada Liverpool, The Beatles.

(Photo credit should read PAUL ELLIS/AFP/Getty Images)

Kehebatan ‘Fab Four’ Jurgen Klopp memperagakan kehebatann mereka pada Rabu lalu, ketika membelasah Spartak Moscow 7-0 dalam pertandingan UEFA Champions League (UCL).

Namun demikian, sebagai pengendali Liverpool, Klopp tidak menggemari nama gelaran yang diberikan itu. Malah pengendali dari Jerman tersebut berpendapat gelaran tersebut seolah-olah tidak menghormati pemain lain yang berada di dalam pasukan.

Selain daripada Coutinho, Mane, Firmino dan Salah, Klopp turut mempunyai beberapa pemain lain yang beraksi di bahagian serangan seperti, Daniel Sturridge, Alex Oxlade-Chamberlain,Adam Lallana dan juga Dominic Solanke.

Klopp dipetik sebagai berkata:

(Photo by Catherine Ivill – AMA/Getty Images)

“Secara peribadi, saya tidak mempunyai masalah dengan gelaran tersebut. Tetapi bukankah ia seolah-olah menidakkan sumbangan pemain lain?”

“Ketika berhadapan dengan West Ham dalam perlawanan yang lalu, kami beraksi lebih baik dan Oxlade-Chamberlain terlibat dalam perlawanan tersebut.”

“Adam Lallana belum lagi cergas. Jika sudah pulih sepenuhnya, Lallana juga akan setaraf dengan mana-mana kumpulan pemuzik yang ada di dunia. Begitu juga dengan Sturridge dan Solanke. Gelaran itu tidak adil untuk pemain-pemain ini.”

Liverpool kini sedang berada di kemuncak prestasi, selepas mempunyai beberapa isu berkaitan kelemahan di bahagian pertahanan dan ketumpulan penyudah di awal musim.

(Photo by Robbie Jay Barratt – AMA/Getty Images)

Klop juga bersetuju bahawa Manchester City adalah pasukan terbaik di England pada masa ini. Pada masa yang sama, Klopp yakin bahawa pasukan bimbingannya Liverpool tidak mempunyai kualiti yang jauh berbanding pendahulu EPL tersebut.

“Pada masa ini, pemain-pemain di Manchester City menampilkan bola sepak terbaik. Saya berpendapat kami juga tidak berapa jauh jika dibandingkan dengan kemampuan Manchester City, Mungkin Liverpool adalah pasukan kedua.”

“Bagaimanapun Manchester United mengumpul lebih banyak mata dari kami. Secara keseluruhan, pencapaian United adalah lebih baik berbanding kami dan mereka turut menjuarai saingan peringkat kumpulan pertandingan Champions League.”

(Photo by Andrew Powell/Liverpool FC via Getty Images)
Restrictions

Liverpool turut menjuarai saingan peringkat kumpulan, dan kini mahukan pemainnya membiasakan diri dengan cabaran baru yang bakal menanti.

“Saya mahu menunjukkan kepada semua betapa besar dan hebatnya kelab ini. Bahawasanya kelab ini mampu pergi lebih jauh sekiranya semua pihak sanggup bekerja bersama.”

Liverpool akan berhadapan dengan kelab setempat, Everton dalam perlawanan yang dijadualkan akan berlangsung pada malam esok (10:15pm, waktu Malaysia) di Anfield.

Misi Klopp dan Liverpool pastinya ialah untuk merapatkan jurang 14 mata dengan pendahulu Manchester City, atau pun Manchester United yang mempunyai kelebihan 6 mata.

Kedua-dua kelab Manchester itu akan bertemu sesama sendiri, sejurus selepas tamat perlawanan membabitkan Liverpool dan Everton.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN