Pemain remaja Borussia Dortmund, Jude Bellingham disenaraikan dalam skuad senior England buat kali pertama untuk aksi berdepan Belgium dan Ireland pada bulan ini.
Pemain tengah berusia 17 tahun itu yang sebelum ini disenaraikan dalam skuad bawah 21 tahun (B-21) England dipanggil bagi menggantikan perancang Southampton, James Ward-Prowse yang dilanda kecederaan.
Skuad kendalian Gareth Southgate itu dijadualkan menentang Belgium pada 12 November ini sementara aksi bertemu Iceland berlangsung enam hari kemudian.
Sekiranya Bellingham diturunkan dalam mana-mana dua perlawanan berkenaan, beliau akan menjadi pemain ketiga paling muda beraksi untuk skuad utama England selepas Theo Walcott dan Wayne Rooney.
Bellingham added to England squad as 17-year-old Dortmund star follows in Rooney & Walcott’s footsteps https://t.co/anTA8pmbEz pic.twitter.com/wqF7IF4blD
— GOAL Africa (@GOALAfrica) November 10, 2020
Bellingham menyertai Dortmund semasa tempoh perpindahan musim panas lalu dan tidak menunggu lama untuk mencipta impak bersama kelab Jerman tersebut dengan merekodkan 11 penampilan dan menjaringkan satu gol dalam semua pertandingan pada musim ini.
Mengimbas kembali permulaan kariernya bersama Birmingham, beliau hanya membuat debut profesional pada Ogos 2019 dan membuat 44 penampilan dalam skuad utama pada musim lepas.
Kematangannya yang mengatasi usia mudanya telah menarik beberapa kelab gergasi Eropah untuk mendapatkan khidmatnya termasuk Manchester United.
Namun beliau memilih untuk menyertai Dortmund dengan nilai perpindahan sekitar £30 juta kerana berminat dengan program pembangunan pemain muda di kelab Bundesliga tersebut.
Sah Sertai Dortmund, Apakah Punca Bellingham 'Lari' Dari Manchester United? https://t.co/vU5JyujzNn pic.twitter.com/zuN1f6AY2W
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) July 20, 2020
Dalam perkembangan lain, pemain bek kanan Liverpool, Trent Alexander-Arnold turut disahkan menarik diri daripada skuad England kerana masalah kecederaan yang dihadapinya ketika aksi menentang Manchester City tempoh hari.
Kini Southgate sedang menunggu keputusan mengenai tahap kecergasan Marcus Rashford dan berharap dapat menyenaraikan penyerang Manchester United tersebut.
Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Inggeris:
Melchiot: Hakim Ziyech Mampu Jadi Pemain Yang Lebih Berpengaruh Di Atas Padang
Trent Alexander-Arnold Jadi Pemain Terbaharu Sertai ‘Senarai Kecederaan’ Liverpool
Didier Deschamps: Paul Pogba Tak Gembira Di Manchester United