Pada hari ini, jersi kelab-kelab bola sepak dunia bukan sahaja diguna pakai hanya ketika menonton perlawanan. Ia seperti satu trend di kalangan kaki bola untuk menggayakan jersi kelab bola sepak yang mereka ikuti di mana sahaja – baik ketika membeli belah, aktiviti santai, mahu pun ketika melakukan riadah.
Jersi-jersi ini bukan sahaja gemar digayakan di kalangan orang dewasa. Malah ia turut menarik minat kanak-kanak dengan pelbagai nama bintang dunia tertera di belakang jersi masing-masing.
Idea hiburkan hati peminat cilik
Di Sepanyol, jersi-jersi bola sepak lama dan terpakan dikumpulan semula sebelum dijadikan jubah untuk pesakit cilik di hospital.
Usaha tersebut dilakukan oleh majalah bola sepak Sepanyol, Panenka dengan usaha sama sebuah agensi kreatif dipanggil We Are Xuxa.
Projek tersebut dinamakan Las Batas Mas Fuertas atau ‘jubah hospital paling kuat’, dilakukan bertujuan untuk menghiburkan pesakit kanak-kanak ketika dimasukkan ke wad.
Ia juga bertujuan untuk membuat mereka lebih positif, sekaligus mampu mengurangkan tempoh rawatan di hospital.
Lain kisahnya di Malaysia
Tatkala usaha di Sepanyol itu wajar dipuji dan dianggap kreatif, lain pula kisahnya di Malaysia.
Tular di media sosial baru-baru ini, jubah berupa jersi kelab-kelab bola sepak utama dunia mulai dijual di negara ini.
Berdasarkan carian kami, jubah jersi ini dijual dengan harga sehingga RM150 oleh peniaga-peniaga di atas talian.
Antara yang berada di dalam senarai promosi ialah jersi-jersi kelab La Liga seperti Real Madrid dan Barcelona, serta jersi kelab Liga Perdana Inggeris seperti Chesea, Liverpool. Tidak ketinggalan juga ialah juara Serie A, Juventus.
Apa pula pendapat penyokong bola sepak di Malaysia? Adakah anda akan membeli jubah jersi seperti di atas sebagai baju raya anda?
Nyatakan pendapat dan pandangan ikhlas dari anda di ruangan komen.