Juan Mata Cedera, Berehat Panjang Dan Dijangka Tamatkan Musim Lebih Awal!

Juan Mata cedera dan bakal berehat panjang untuk baki musim ini.

Kem Manchester United dilanda dengan isu kecederaan yang agak teruk ketika ini. Jones dan Smalling disahkan cedera ketika tugasan antarabangsa.

Mourinho sebelum ini mengesahkan 2 pemain tersebut juga berehat panjang (long term injuries).

Manakala, ketua pasukan mereka, Wayne Rooney juga masih dalam proses untuk pulih daripada kecederaan kaki.

Terbaru, Juan Mata berhadapan dengan kecederaan groin dan menjalani pembedahan.

Berita ini disahkan oleh kelab Manchester United menerusi twitter rasmi mereka.

Juan Mata antara pemain cemerlang Jose Mourinho musim ini. Sudah menjaringkan 10 gol dan 6 bantuan gol daripada 38 perlawanan dalam semua pertandingan.

Juan Mata efektif sebagai pemain kesebelasan utama mahupun menjadi super-sub.

Manchester United tidak memberikan maklumat panjang tempoh rehat Mata, namun beliau sudah pasti tidak akan beraksi dalam baki perlawanan Manchester United.

Ini bermakna United sudah kehilangan 6 nama untuk berhadapan dengan West Brom pada hari ini.

Zlatan Ibrahimovic dan Ander Hererra masing-masing masih lagi menjalani pengantungan di peringkat domestik.

United kini berada di tangga ke-5 dalam usaha mereka merebut tempat 4 teratas. 4 mata di belakang Liverpool. Namun mereka masih ada 2 perlawanan di dalam tangan.

Skuad United ada jadual yang sangat padat untuk April. Mereka akan beraksi dalam 9 perlawanan pada bulan ini.

Baca juga: Half Space, Satu Ruang Yang Semakin Diberikan Perhatian Di EPL!

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN