Beberapa media di England melaporkan perpindahan Jack Grealish ke Manchester City yang dilaporkan bernilai £100 Juta akan diumumkan pada bila-bila masa selepas kedua-dua pihak telah mencapai kata sepakat.
Kini hanya menunggu beberapa perkara melibatkan rundingan bersama ejen serta pemain untuk diselesaikan.
Walaupun ianya belum diumumkan secara rasmi, Aston Villa sudah pun mengambil tindakan awal dengan ‘membeli belah’ beberapa pemain baharu.
Terkini kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu telah pun berjaya menandatangani Danny Ings dari Southampton dengan memuktamadkan pembelian bernilai £25 juta dengan ikatan kontrak selama tiga tahun.
Out of 𝒏𝒐𝒘𝒉𝒆𝒓𝒆 👀
Aston Villa have completed the signing of striker Danny Ings from Southampton!
Who saw this move coming? 😳#PL #OptusSport pic.twitter.com/JtOkpcFF3d
— Optus Sport (@OptusSport) August 4, 2021
“Danny merupakan pemain EPL yang hebat di mana dia menjaringkan gol di mana sahaja dia bermain,” ujar pengurus Villa, Dean Smith.
Selepas dijual Liverpool pada 2018, Ings telah menjaringkan 46 dari dari 100 penampilan untuk Southampton dan berada pada tahun terakhir kontraknya di St Mary.
Seorang lagi pemain yang baharu tiba adalah pemain sayap Jamaica, Leon Bailey yang dibeli dengan harga £30 juta dari kelab Bundesliga, Bayer Leverkusen.
Aston Villa have completed the signing of Leon Bailey 📝
How will he perform in the Premier League? pic.twitter.com/Gx9aiuVBxq
— GOAL (@goal) August 4, 2021
Pemain berusia 23 tahun itu memang kerap dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Inggeris selepas mencipta impak positif di Jerman dengan mencetak 28 gol dari 119 perlawanan Bundesliga.
Terdahulu Buendia tiba dari Norwich City sebagai rekod pembelian kelab selepas Villa membelanjakan £33 juta (RM192 juta) untuk mendapatkan khidmatnya.
Pemain berusia 24 tahun itu yang menjaringkan 15 gol dan mencatat 16 bantuan gol telah dinamakan sebagai pemain terbaik Liga Kejuaraan Inggeris musim lalu, sekaligus membantu Norwich muncul juara dan kembali semula ke saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
Arsenal Melepas, Emiliano Buendia Sertai Aston Villa Dengan Rekod Perpindahan Kelab https://t.co/5DbS5OopXJ
— Semuanya BOLA (@mysemuanyabola) June 6, 2021
Beliau juga merupakan sebahagian dari skuad kebangsaan Argentina yang berjaya menjulang kejuaraan Copa America tempoh hari.
Seorang lagi pemain baharu yang telah dibawa masuk adalah pemain veteren Ashley Young yang kembali semula ke Aston Villa secara percuma selepas melengkapkan karier cemerlang dengan memenangi pelbagai kejuaraan di Manchester United dan Inter Milan.