Jual Dan Beli Semula, Mariano Diaz Kembali Sertai Real Madrid

Mariano Diaz kembali ke Real Madrid semalam selepas semusim bersama Lyon, menyaksikan beliau menjaringkan 21 gol sepanjang bersama pasukan Ligue 1 itu.

Untuk itu, Madrid mengguakan klausa yang terkandung di dalam kontrak Mariano [Diaz] untuk membenarkan mereka berbuat demikian, setelah Diaz menyertai Lyon dengan kontrak selama lima tahun sehingga 2023 pada musim lalu.

Menurut ESPN, Lyon juga mengesahkan Real Madrid akan membayar €30 juta untuk mendapatkan khidmat Mariano, dengan tambahan bonus bernilai €3 juta selepas hanya menjual pemain tersebut dengan tanda harga €8 juta setahun lalu.

RENNES, FRANCE – AUGUST 11: Mariano Diaz of Lyon celebrates his goal during the French Ligue 1 match between Stade Rennais and Olympique Lyonnais (OL, Lyon) at Roazhon Park on August 11, 2017 in Rennes, France. (Photo by Jean Catuffe/Getty Images)

Lyon juga dilaporkan bersetuju dengan tawaran 15% daripada nilai jualan sekiranya pemain tersebut dijual pada masa hadapan.

Mariano menyertai Los Blancos pada 2012 daripada Badalona dan melakukan penampilan pertama bersama skuad utama dalam perlawanan Celta Vigo ketika di bawah kendalian Zinedine Zidane pada musim 2016/17.

Beliau tampil sebanyak 14 kali untuk Real Madrid pada musim tersebut, dan menjaringkan lima gol dalam semua pertandingan.

Jurulatih Real Madrid, Julen Lopetegui dikatakan mahukan khidmat Mariano pada musim ini selepas sebelum itu pemain tersebut semakin hampir untuk disambar oleh Sevilla.

Sebelum penjualan Mariano ke Real Madrid diumumkan, Presiden Lyon, Jean-Michel Aulas menyifatkan Real Madrid bersikap tidak serius pada mulanya untuk mendapatkan pemain itu.

FARO, PORTUGAL – AUGUST 01: Mariano Diaz from Lyon during the match between SL Benfica v Lyon for the International Champions Cup – Eusebio Cup 2018 at Estadio do Algarve on August 1, 2018 in Faro, Portugal. (Photo by Carlos Rodrigues/Getty Images)

“Mariano memberitahu saya dia mahu ke Madrid, sebelum melihat kepada tawaran oleh Sevilla. Saya memberitahu perkara tersebut kepada Florentino dan beliau memaklumkan Mariano bukan jenis pemain yang mereka buru. Kemudian tiba-tiba tawaran dari mereka tiba,” jelas beliau.

Mariano harus bersaing dengan Karim Benzema untuk merebut tempat di dalam kesebelasan utama Los Blancos. Selain Benzema, seorang lagi penyerang tengah di dalam skuad Lopetegui ialah Borja Mayoral.

Aulas turut mengumumkan dua pemain yang diburu untuk menggantikan Mariano ialah Mousa Demebele dari Celtic dan juga penyerang Lille, Nicolas Pepe.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN