Josip Brekalo Enggan Pakai ‘Armband’ Pelangi, Tuntut LGBT Turut Hormati Orang Lain

Bundesliga ingin menunjukkan sokongan mereka kepada LGBT (lesbian, gay, biseksual, dan transgender).

Sebelum ini EPL mengadakan 1 hari khas untuk semua kapten memakai lilitan kapten dan tali kasut pelangi.

Badan liga Jerman telah meminta para pemain menunjukkan sokongan mereka kepada LGBT.

Namun bukan semua orang yang setuju dengan cadangan itu. Lebih-lebih lagi mereka yang kuat agama, termasuk yang beragama Islam dan Kristian.

Di Jerman,  pemain B-20 Wolfsburg, Josip Brekalo antara yang enggan menggunakan simbol yang menyokong LGBT itu.

Beliau telah menjadi kecaman ramai pihak yang menuduh dia homophobic. Ini kerana Brekalo secara terbuka menyatakan ia bertentangan dengan tuntutan agama beliau.

Wolfsburg menyahut seruan Bundesliga dan mengarahkan kesemua kapten pasukan mereka daripada semua peringkat menggunakan lilitan lengan bercorak pelangi itu.

Pengarah Sukan Wolfsburg, Jörg Schmadtke menyatakan yang Wolfsburg sentiasa kekal dengan toleransi untuk semua dan tidak menyokong diskriminasi.

Pandangan itu jelas ditentang oleh Brekalo yang tidak setuju dengan idea itu.

Menurut pemain muda ini, beliau tiada masalah untuk bergaul dan menghormati puak LGBT tetapi pada masa yang sama, beliau meminta puak LGBT turut menghormati beliau sebagai seorang Kristian.

Beliau juga berhak menjalankan kehidupan beliau dengan cara beliau sebagai seorang Kristian.

“Saya nak menyatakan yang saya tidak boleh menyokong usaha ini kerana ia bertentangan dengan ajaran dalam kepercayaan saya seorang Kristian.”

“Saya seorang yang dibesarkan dengan panduan agama yang kuat oleh keluarga saya.”

“Saya tiada masalah untuk bergaul dan menghormati mereka yang berlainan gaya hidup. Sebab itu hidup mereka, urusan peribadi mereka.”

“Semua orang ada hak untuk berpegang kepada apa yang mereka percaya.”

“Namun saya tak mahu mengangkat untuk 1 simbol khas bagi mewakili kepercayaan orang yang bertentangan dengan kepercayaan (agama) saya.”

Kapten pasukan utama mereka, Joshua Guilavogui, menyatakan sokongan beliau dengan memakai simbol pelangi ini.

Pemain muda dari Croatia, Brekalo antara bakat yang diberikan perhatian ramai di Jerman.

Beliau antara pemain yang berada dalam senarai Zlatko Dalic, di mana pengurus itu menyatakan beliau percaya pemain itu bakal menjadi pemain penting negaranya.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN