Joseph Kalang Tie Diumumkan Sebagai Pemain Baharu Kuching FA

Bekas pemain tengah skuad kebangsaan, Joseph Kalang Tie bakal memperkuatkan kelab kecil yang berjiwa besar dari Sarawak iaitu Kuching FA bagi menghadapi saingan liga divisyen 3 (Liga M3) musim depan.

Pemain yang berusia 32 tahun ini mempunyai pengalaman luas dalam arena bola sepak tempatan kerana pernah beraksi dengan pasukan Liga Super seperti Terengganu FC, Pahang dan Selangor selain pasukan negeri kelahirannya sendiri iaitu Sarawak.

Musim lalu, Joseph telah tampil dalam 14 perlawanan bersama skuad Selangor dan sempat menjaringkan 1 gol. Setelah 7 tahun berkelana menyertai pasukan di semenanjung tanah air, Joseph akhirnya kembali berbakti di bandar Kuching, Sarawak.

Joseph menandatangani kontrak dengan Kuching FA. FOTO: Kuching FA

Mengenai Kuching FA

Nama Kuching FA dengan menggunakan tagline ‘City of unity’ sebenarnya bukan nama asing bagi pengikut bola sepak tempatan di negeri Sarawak.

Kelab tersebut aktif bersaing di pelbagai peringkat kejohanan tempatan dan Kuching FA sebenarnya adalah salah sebuah kelab gergasi bola sepak Sarawak selain daripada pasukan Bintulu FA dan Miri FA.

Ia memberi gambaran Sarawak masih mempunyai ramai bakat yang boleh diketengahkan, di sebalik kemeruduman prestasi pasukan utama di saingan bola sepak tempatan.

Kejayaan menjuarai Liga Bolasepak Rakyat (LBR), membuka platform baharu buat wakil dari Sarawak ini untuk bersaing di peringkat yang lebih tinggi apabila dijemput oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk menyertai Piala FAM pada musim 2017.

Malah, mereka turut mencipta satu lagi sejarah apabila menjadi salah sebuah pasukan dari Liga FAM yang mara ke peringkat pusingan kedua saingan Shoppe Piala FA Malaysia 2018.

Walaupun tewas kepada pasukan Kuala Lumpur yang merupakan juara 100Plus Liga Premier pada musim lalu, ia langsung tidak merencatkan semagat dan perancangan pihak pengurusan Kuching FA untuk mengimpikan sesuatu yang lebih besar selepas ini.

Secara keseluruhan, Kuching FA telah membuktikan diri mereka mampu bersaing di Divisyen ketiga bola sepak tanah air itu. Tak mustahil kelab ini akan menjadi popular sebaris dengan pasukan gergasi tanah air suatu hari nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN