Jose Mourinho Yakin Dapat Kembali Berkerjasama Dengan Mesut Ozil Di Old Trafford

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Pengurus Manchester United, Jose Mourinho yakin kerjasama beliau dengan Mesut Ozil sebelum ini di Real Madrid mampu untuk mencapai kata sepakat bagi membawa pemain tengah Arsenal itu ke Old Trafford.

Mourinho akan berusaha untuk membawa Ozil ke Manchester United secara percuma apabila kontrak pemain tersebut tamat pada penghujung musim ini.

Pengurus dari Portugal itu sangat yakin dapat memujuk tonggak Arsenal itu berdasarkan ‘hubungan kerja’ mereka ketika bersama-sama dalam pasukan Real Madrid.

Pemain berusia 28 tahun itu juga masih belum menunjukkan tanda-tanda yang beliau akan terus kekal di Stadium Emirates tatkala kontrak beliau sudah semakin menghampiri tahun terakhirnya.

Dengan perkembangan tersebut, United kelihatan begitu berminat untuk membawa masuk pemain tengah berpengaruh itu.

Mourinho turut meletakkan kepercayaan kepada perancang itu dan percaya Ozil mampu untuk melaksanakan dan memahami sebarang taktikal yang beliau gunakan buat pasukan.

Jose Mourinho
WESTWOOD, CA – AUGUST 04: Head coach Jose Mourinho (C) of Real Madrid talks with Karim Benzema (R) and Mesut Ozil during a training session at UCLA Campus on August 4, 2012 in Westwood, California. (Photo by Helios de la Rubia/Real Madrid via Getty Images)

Mourinho dan Ozil berkelana ke Madrid pada waktu yang sama apabila mereka berdua menyertai gergasi Sepanyol itu pada tahun 2010.

Tiga tahun kemudian, mereka berdua turut bersama-sama ke London namun Mourinho kembali membimbing Chelsea dan Ozil mengubah angin untuk beraksi bersama Arsenal.

Ozil telah menyertai Arsenal dari Real Madrid pada tahun 2013 untuk rekod perpindahan kelab apabila mencapai nilai £42 juta.

Dalam perkembangan lain, Manchester United turut berminat untuk mendapatkan khidmat seorang lagi bintang Arsenal, Alexis Sanchez namun pihak United merasakan jiran mereka, Manchester City lebih berpeluang cerah untuk mendapatkan pemain dari Chile itu.

Sumber :

Independent (2017) – http://www.independent.co.uk/sport/football/transfers/manchester-united-mesut-ozil-sign-deal-jose-mourinho-arsenal-contract-a7979536.html

Metro UK (2017) http://metro.co.uk/2017/10/03/manchester-united-confident-of-agreeing-deal-to-sign-mesut-ozil-6972775/

Bleacher Report (2017) – http://bleacherreport.com/articles/2736563-jose-mourinho-highly-confident-of-signing-arsenals-mesut-ozil

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN