Jose Mourinho mengucapkan tahniah kepada Petr Cech selepas penjaga gol kelahiran Republik Czech itu mengumumkan persaraannya pada penghujung musim ini.
Mourinho dan Cech menyertai Chelsea pada tahun 2004 dan pantas menghadiahkan dua trofi Liga Perdana Inggeris berturut-turut buat The Blues (2004/05 dan 2005/06).
Bercakap kepada Sky Sports, Mourinho turut meluahkan rasa bangga kerana beliau pernah membimbing salah seorang penjaga gol moden terbaik di dunia.
”Saya amat berbangga kerana menjadi pengurus pada usia muda, menjadikan Petr (Cech) penjaga gol terbaik di Liga Perdana Inggeris.”
”Selepas daripada itu, semuanya tentang dia. Persembahannya, ‘clean sheet’ dilakukannya, kejuaraan dan sifat profesionalnya.”
Dalam pada itu, pengumuman yang dibuat penjaga gol berusia 36 tahun itu dianggap Mourinho sebagai satu kehilangan yang amat besar buat bola sepak.
”Ini merupakan kehilangan yang besar buat bola sepak tetapi anda tidak boleh memadam sejarah. Tahniah diucapkan atas karier yang menakjubkan.”
Bersama Chelsea, Petr Cech telah mengecapi pelbagai kejayaan, antaranya seperti Liga Juara-Juara Eropah 2011/12, Liga Europa 2012/13, empat kejuaraan Liga Perdana Inggeris.