Kelab Premier League iaitu Manchester City kini sedang diselubungi dengan kontroversi mengenai isu Financial Fair Play (FFP) yang dikenakan terhadap mereka.
Mereka telah memberikan respon namun begitu masih lagi kontroversi ini tidak mampu untuk dihentikan oleh kelab England itu.
Walaupun ianya melibatkan isu dalam Manchester City, namun musuh setempat mereka iaitu Manchester United turut tidak ketinggalan terpalit dalam hal ini.
Menurut laman Manchester Evening News, pengurus Manchester United iaitu Jose Mourinho mengatakan yang dirinya telah mengetahui lama mengenai isu ini.
Akan tetapi beliau memilih untuk diam sahaja mengenai perkara ini.
“Saya sudah tahu akan perkara ini sejak dari beberapa tahun yang lalu lagi, tetapi saya simpan saja dalam hati ini.”
Mourinho pernah memberikan gambaran mengenai isu ini pada tahun 2017 dengan beliau mengatakan pihak FFP akan mengharungi tugas yang sukar.
Hal ini kerana katanya, pastinya akan ada kes-kes berat sebegini berlaku melibat pasukan-pasukan bola sepak Eropah.
Sebelum ini, Football Leaks mendedahkan Manchester City dan Paris Saint-Germain telah terlepas dari hukuman FFP kerana tindakan mereka itu dilindungi oleh beberapa pihak.
Pihak tersebut termasuklah Presiden FIFA ketika ini iaitu Gianni Infantino.
Manchester City telah memberikan respon dengan mengatakan kenyataan Football Leaks ini tidak lebih dari usaha untuk mencalar reputasi juara bertahan Premier League itu.