Jose Mourinho Sedar Kesilapan Sendiri, Mahu Dirinya Dipersalahkan

Jose Mourinho

Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho mengakui beliau bertanggungjawab atas kekalahan 0-1 yang dialami skuad bimbingannya ketika berdepan Royal Antwerp pada aksi Liga Europa (UEL) 2020/21, awal pagi semalam.

Pada perlawanan yang berlangsung di Bosuil Stadion itu, Mourinho membariskan Gareth Bale, Giovani Lo Celso, Steven Bergwijn, Carlos Vinicius dan Dele Alli di kesebelasan utama tetapi tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang aksi pemain-pemain tersebut.

Keadaan itu memaksa pengendali kelahiran Portugal itu membuat empat pertukaran serentak sebelum aksi babak kedua bermula dengan memasukkan Son Heung-min, Erik Lamela, Lucas Moura dan Pierre-Emile Højbjerg. Harry Kane pula masuk pada minit ke-58 menggantikan Bale.

Kemasukan mereka menyaksikan lebih penguasaan permainan dimiliki Tottenham, bagaimanapun tiada sebarang percubaan tepat dapat dihasilkan pada 45 minit kedua itu.

Mourinho yang terkenal dengan kelantangannya dalam menjawab soalan daripada pihak media berpendapat tiada siapa boleh dipersalahkan melainkan dirinya sendiri pada perlawanan ini.

” Saya rasa seperti nak buat 11 pertukaran [pada separuh masa kedua],” ujar Mourinho menurut laporan Goal.

”Saya tidak melakukan kesemua lima pertukaran [serentak] kerana saya takut untuk menghadapi 45 minit tanpa sebarang peluang untuk melakukan pertukaran.”

”Hanya seorang sahaja yang boleh untuk dipersalahkan dan orangnya ialah saya. Saya telah membuat pilihan pemain untuk diturunkan di kesebelasan utama.”

”Pada rehat separuh masa, saya cuba untuk memperbaiki situasi. Tetapi ianya masih tidak cukup.”

”Pada separuh masa pertama permainan amat mudah untuk dimainkan, terdapat banyak ruang. Pada babak kedua, kami cuba untuk meningkat tetapi kami bermain dengan cara berbeza.”

”Ia sangat sukar. Pada akhirnya, Antwerp mendapat apa yang mereka berhak miliki dan kami juga mendapat apa yang sepatutnya kami dapat.”

”Ia keputusan yang adil. Saya sentiasa tenang dengan keadaan ini. Pasukan yang baik memenangi perlawanan dan yang teruk akan tewas,” tambah Mourinho lagi.

Kredit featured image: John Berry/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jose Mourinho:

Jose Mourinho: Saya Bersimpati Dengan Nasib Ole

Jose Mourinho Akan Kembali Ke Formasi Taktikal Sebelumnya Berdepan Arsenal?

Jose Mourinho: West Ham Bernasib Baik Kerana Mental Kami Lemah

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN