Jose Mourinho: Saya Juara Bagi Lima Perlawanan Terakhir

Jose Mourinho

Pengurus Tottenham Hotspur, Jose Mourinho sememangnya seorang yang sentiasa mencuri tumpuan setiap kali beliau mengeluarkan kenyataan tentang pasukan atau dirinya sendiri.

Yang terbaharu dengan penuh keyakinan, pengendali kelahiran Portugal itu mengakui bahawa dirinya merupakan juara bagi lima perlawanan terakhir dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) 2019/20.

Ia berikutan kejayaan Tottenham mengekalkan rekod tanpa kalah pada lima perlawanan terakhir apabila mencatatkan empat kemenangan dan satu keputusan seri.

Lebih manis kemenangan bermakna yang diraih Spurs adalah menundukkan musuh ketat, Arsenal 2-1 dan juga pasukan di kelompok atasan, Leicester City dengan keputusan 3-0.

”Jika anda berfikir saya harus memberikan bukti [kekuatan saya], baiklah, saya akan mencubanya,” ujar Mourinho menurut laporan Goal.

”Sekiranya anda memperkatakan tentang individu dan pendekatan individu, saya akan memulakannya dengan perkara yang termudah.”

”Jika saingan liga dimulakan sejak kehadiran saya, maka saya berada di tempat yang keempat. Saya tiba di sini dengan kedudukan tangga ke-14, lapan mata di belakang Arsenal.”

”Tetapi sekiranya liga hanya bermula lepas saya kembali, jika anda mahu mengikut petunjuk tersebut, saya berada di tangga keempat liga.”

”Kalau anda memikirkan ia adalah perkara buruk, itu merupakan pendapat anda. Jika anda mahu gelakkan saya, saya merupakan juara pada lima perlawanan terakhir.”

”Saya cuba untuk memberikan yang terbaik pada setiap masa, saya tidak risau untuk membuktikan sesuatu. Perlawanan paling penting adalah selepas ini , musim terpenting adalah musim hadapan.”

”Ia bukan apa yang anda fikir, segalanya boleh datang daripada luar, di mana dapat lebih memotivasikan anda atau tidak. Itu hanya sifat semulajadi saya, saya tidak memerlukannya. Saya menantikan musim hadapan.”

Selepas mengharungi 37 perlawanan, Tottenham Hotspur menduduki tangga ketujuh selepas mengumpul 58 mata hasil 16 kemenangan, 10 keputusan seri dan 11 kekalahan.

Tottenham kini memburu peluang untuk beraksi dalam saingan Liga Europa musim hadapan selepas sebelum ini telah berjaya mengesahkan bahawa mereka akan menamatkan kempen liga musim ini di atas Arsenal.

Kredit featured image: Laurence Griffiths/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jose Mourinho:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN