Jose Mourinho Perli Wartawan Yang Bocorkan Kesebelasan Utama Sebelum Ini

Jose Mourinho mengesahkan bahawa Alexis Sanchez dan Jese Lingard sudah cergas sepenuhnya untuk bermain – untuk Manchester United.

Pengendali dari Portugis itu juga sempat perli seorang wartawan pro-Manchester United yang sebelum ini membocorkan kesebelasan utama pasukannya.

Alexis Sanchez berehat dalam 2 perlawanan terakhir Man. United, manakala Lingard tidak terlibat dalam sebarang aksi sejak perlawanan Piala Carabao menentang Derby County – September lalu. 2 pemain tersebut terlibat dalam sesi latihan untuk perlawanan menentang Bournemouth pada hari ini.

Ketika ditanya oleh wartawan tentang persiapan pasukan beliau, Mourinho berkata: “Tanyalah Samuel [Luckhurst]”, katanya dengan sinis menyindir wartawan Manchester Evening News itu – yang melaporkan dengan tepat potensi kesebelasan utama pasukan mereka ketika menentang Everton.

Samuel Luchurst melaporka Lukaku bakal disisihkan daripada kesebelasan utama menentang bekas kelab lamanya – Everton.

“Kami bersedia secara taktikal. Kami juga meningkatkan isu kecergasan. Kami meningkatkan aspek permainan beberapa pemain yang bersedia untuk bermain tetapi masih belum sampai tahap terbaik – misalnya Lingard, Alexis.”

MANCHESTER, ENGLAND – APRIL 29: Henrikh Mkhitaryan of Arsenal is closed down by Alexis Sanchez of Manchester United during the Premier League match between Manchester United and Arsenal at Old Trafford on April 29, 2018 in Manchester, England. (Photo by Shaun Botterill/Getty Images)

“Dalot dan Fellaini masih tidak dapat bermain. Tetapi Lingard dan Alexis, saya boleh katakan mereka sudah bersedia”, tambahnya lagi.

Mourinho waspada dengan prestasi Bournemouth yang kini berada di tangga ke-6. Manakala Man. United akan memulakan perlawanan minggu ini sebagai pasukan di tangga ke-8.

Manchester United musim ini bergelut dengan pertahanan mereka. Ketika ini – selepas 10 perlawanan – mereka sudah melepaskan 17 bolos – lebih separuh daripada bolos mereka sepanjang musim lalu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN