Jose Mourinho Suka Mengambil Alih Pasukan Bermasalah

Jose Mourinho muncul dalam satu warwancara televisyen di Portugal bertajuk Expresso. Beliau memberitahu yang beliau memang memilih di dalam menerima tawaran.

Mourinho lebih suka untuk mengendalikan pasukan yang dalam krisis prestasi. Contohnya, Inter Milan, Real Madrid dan Manchester United.

3 kelab tersebut antara pasukan yang dalam krisis prestasi ketika beliau tiba di sana. Mourinho memberitahu yang 3 pasukan ini memang pasukan yang tidak suka kalah dan inginkan kemenangan setiap minggu.

Namun 3 pasukan ini ketika beliau mengambil alih sangat jauh daripada kualiti yang selayaknya untuk memenangi banyak perlawanan.

Beliau memberikan contoh ketika beliau mengambil alih Real Madrid. Mourinhor berkata:

“Sergio Ramos, sebelum saya datang ke Real Madrid pada 2010, beliau tidak pernah beraksi di peringkat suku akhir UCL.”

“Setibanya saya di sana, Ramos terus menjulang kejuaraan. Kini beliau sudah menjulang 3 kejuaraan Eropah.”

Mourinho juga memberitahu, pasukan Manchester United, ketika beliau mula tiba di Old Trafford ada masalah untuk menang.

“Mereka tidak tahu cara untuk menang, kecuali beberapa pemain yang sudah lama bermain di Manchester United sejak era Alex Ferguson.”

“Saya perlu menyemai budaya berfikir di dalam kepala pemain-pemain sata. Idea yang paling heba adalah yang dibentuk dari cara pemikiran yang berbeza.”

Mourinho berbangga kerana berjaya meletakkan nama Portugal di mata dunia sebagai seorang jurulatih sepertimana yang dilakukan Sachhi untuk Itali dan Pep Guardiola untuk Sepanyol.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN