6 Perkara Digariskan Jose Mourinho Selepas Kemenangan Ke Atas Chelsea

Ini adalah reaksi Jose Mourinho selepas menang 2-0 ke atas Chelsea dalam perlawanan blockbuster semalam. Ada 6 perkara yang beliau gariskan.

Kami tahu, ramai penyokong United akan tersenyum dengan angka 6 itu. Dipetik daripada manutd.com, pengendali dari Portugal ini memuji semangat juang yang mengagumkan daripada pemain-pemain beliau.

Mourinho menggariskan 6 perkara utama daripada kemenangan pada perlawanan tersebut.

1. Pemilihan pasukan

“Kami ada masalah kurang rehat menjelang perlawanan ini. Jadi kami perlu memilih pasukan yang kita rasakan yang terbaik untuk bermain. Pemilihan pasukan kami kali ini lebih mengutamakan isu taktikal.”

2. Taktikal

“Kami pergi ke Stamford Bridge sebelum ini, dalam Piala FA dengan taktik yang sama. Kami tahu taktikal seperti ini menyukarkan Chelsea.”

“Kami berjaya mengawal perlawanan hari ini dengan bermain dengan 11 pemain. Sebelum ini dalam perlawanan Piala FA, kami dikawal Chelsea. Lebih buruk lagi, ketika itu kami terpaksa bermain 10 orang.”

“Pada separuh masa kedua tadi, Chelsea dominan, tetapi kami tahu, jika kami kekalkan disiplin bermain dengan taktikal kami, Chelsea akan sukar.”

3. Rashford

“Dia bermain dengan cemerlang. Beliau juga bermain sangat baik di Stamford Bridge dalam FA Cup di mana kami bermain dengan 10 pemain.”

“Dia seorang pemain yang sangat pantas dan sentiasa memberikan masalah kepada pemain pertahanan apabila berada belakang mereka.”

“Paling penting, hari ini beliau menjaringkan gol awal. Gol itu yang telah memberikan keyakinan kepada seluruh pasukan.”

4. Herrera

“Ander dibuang padang suku akhir Piala FA di Stamford Bridge bulan lalu. Dia agak kecewa dengan keputusan pengadil dalam perlawanan tersebut.”

“Prestasi beliau hari adalah hampir sama dengan tempoh hari, pasukan bermain dengan cara yang sama, tetapi perbezaan yang jelas adalah kami mempunyai 11 pemain selama 90 minit. ”

5. Gembira dengan semua pemain

“Saya rasa semua pemain melakukan tugas dengan baik. Semua orang berjuang bermati-matian. Bailly dan Rojo, saya fikir nama mereka layak dipetik untuk diberikan penghargaan khas.”

“Ini kerana mereka telah bermain dalam bersungguh-sungguh dalam setiap permainan, tanpa henti, kerana kecederaan yang Smalling dan Jones.”

“Saya sangat gembira dengan pasukan dan keputusan hari ini. Ini kerana Manchester City dan Liverpool telah mencipta keputusan yang memerlukan kami wajib menang.”

“Seri bukannya keputusan yang baik bagi kami selepas kemenangan City dan Liverpool. Jadi saya benar-benar gembira kerana kami masih membuka 2 tingkap (laluan) untuk ke UCL.”

6. Misi UCL

Mourinho menjelaskan, mereka akan memberikan keutamaan yang sama kepada UEL dan 4 teratas, dalam usaha mereka ke UCL musm hadapan.

“Saya tidak mengalah dalam perebutan 4 teratas dalam Liga Perdana Inggeris. Kami hanya akan memberikan keutamaan kepada UEL sahaja jika jurang mata kami dari tempat ke-4 di EPL terlalu jauh.”

“Buat masa ini, kami akan fokus kepada kedua-duanya.”

Baca juga: Perlawanan Bastia-Lyon Dibatalkan Selepas Penyokong Tuan Rumah Menyerang Pemain Pelawat

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN