Jose Mourinho: “Manchester United Belum Lengkap!”

Dalam satu temu ramah dengan akhbar The Times, Jose Mourinho berkata beliau memerlukan satu lagi jendela perpindahan musim panas untuk mendapatkan pemain baharu demi melengkapkan skuad Manchester United sedia ada.

Ini adalah untuk memastikan Manchester United mampu memberi saingan yang dominan di peringat domestik dan juga eropah seperti mana ketika era pengurus legenda, Sir Alex Ferguson satu masa dahulu.

Mourinho sudah membelanjakan hampir £150 juta untuk 3 pemain baharu sebelum sepak mula Liga Perdana Inggeris (EPL) musim 2017/18.

(Photo by Catherine Ivill – AMA/Getty Images)

Pengendali dari Portugal itu tidak menyembunyikan niatnya untuk membawa seorang lagi pemain ketika jendela perpindahan menghampiri pentutupnya pada penghujung bulan yang lalu.

Walaupun kelab Manchester berkenaan dikaitkan dengan beberapa nama seperti Ivan Perisic (Inter Milan), Gareth Bale (Real Madrid) dan juga Danny Rose (Tottenham Hotspur) pada musim panas ini, Mourinho terpaksa akur dan berpuas hari dengan kehadiran Romelu Lukaku, Victor Lindelof dan juga Nemanja Matic yang tiba di Old Trafford.

Manchester United memulakan kempen EPL pada musim ini dengan cemerlang, menang kesemua 3 perlawanan, menjaringkan 10 gol dan tidak melepaskan sebarang gol untuk berada di tangga teratas liga.

Tetapi Jose Mourinho berkata beliau belum berpuas hati dengan kekuatan pasukan kendaliannya selagi rekrut baharu belum dibawa masuk pada musim panas akan datang.

(Photo credit should read OLI SCARFF/AFP/Getty Images)

Jose Mourinho dipetik sebagai berkata:

“Saya pernah mengatakan sebelum ini bahawa saya memerlukan sekurang-kurangnya 3 jendela perpindahan musim panas untuk membentuk pasukan yang saya mahukan.”

“Ia adalah pasukan yang saya fikir mampu membawa Manchester united mendominasi bola sepak Inggeris dan juga bersaing dengan gergasi bola sepak Eropah yang lain di pentas eropah.”

“Saya tetap berpendapat bahawa saya memerlukan 3 jendela perpindahan untuk melakukan itu. Namun demikian, saya tidak akan menunggu sehingga yang ke-3 jika berpeluang untuk melakukannya sekarang.”

Jose Mourinho dan Manchester United gagal dengan usaha membawa pemain ke-4 pada jendela perpindahan yang lepas.

Namun demikian, beliau tetap berpuas hati dengan usaha yang dilakukan oleh lembaga pengarah dan juga pegawai eksekutif, Ed Woodward sejak beberapa bulan yang lalu.

(Photo by Matthew Ashton – AMA/Getty Images)
Restrictions

Nilai £75 juta yang dibelanjakan untuk mendapatkan Romelu Lukaku daripada Everton dan juga £35 juta untuk Nemanja Matic daripada Chelsea kelihatan berbaloi setakat ini jika 3 perlawanan awal kelab berkenaan dijadikan ukuran.

Mourinho berpendapat Manchester United telah menyempurnakan tugas dengan baik untuk membawa masuk Lukaku, Matic dan Lindelof sebelum perpindahan Neymar daripada Barcelona ke Paris Saint-Germain (PSG).

“Kami berpendapat ada sesuatu akan berlaku yang akan mengubah landskap pasaran pemain. Kerana itu saya berpendapat mendapatkan pemain-pemain yang dikehendaki seawal mungkin adalah tindakan bijak.”

(Photo by Charles McQuillan/MUFC/Man Utd via Getty Images)

 

“Nilai untuk Lukaku misalnya, boleh melonjak sehingga 2 kali ganda daripada harga yang kami bayar jika kami lambat bertindak.”

“Kebiasaannya pasaran pemain akan menjadi semakin murah ketika jendela perpindahan menuju ke penghujung. Tetapi selepas perpindahan Neymar, ia telah mengubah nilai pemain di pasaran.”

Selain daripada Lukaku, Matic dan Lindelof, Manchester United turut mengikat kembali penjaring terbanyak mereka musim lalu, Zlatan Ibrahimovic selepas disisihkan pada Jun lalu.

Proses pemulihan yang awal daripada jangkaan daripada selepas kecederaan lutut pada April lalu, meyakinkan Jose Mourinho Zlatan Ibrahimovic turut boleh membantu memperkuatkan jentera serangan United pada musim ini.

(Photo by Manchester United/Man Utd via Getty Images)

Romelu Lukaku dan juga Nemanja Matic diturunkan di setiap perlawanan membabitkan Manchester United setakat ini. Kehadiran Nemanja Matic di bahagian tengah, memberikan lebih kestabilan di jentera tengah United.

Romelu Lukaku sudah menjaringkan 3 gol daripada 3 perlawanan sejak berpindah ke Old Trafford. Manakala untuk Victor Lindelof, Mourinho berpendapat pemain antarabangsa Sweden itu memerlukan lebih masa untuk menyesuaikan diri dengan corak saingan di EPL.

Sumber:

1. ROB DAWSON, ESPN FC (2017): Jose Mourinho: Manchester United need more signings to ‘close the gap’; http://www.espnfcasia.com/manchester-united/story/3197741/jose-mourinho-manchester-united-need-more-signings-to-close-the-gap

2. Oliver Kay, The Times (2017): José Mourinho interview: ‘Romelu Lukaku would now be worth £150m. Neymar changed everything’; https://www.thetimes.co.uk/edition/sport/jose-mourinho-interview-romelu-lukaku-would-now-be-worth-150m-neymar-changed-everything-dqm3c5d06

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN