Seperti biasa, Jose Mourinho akan tampil dengan alasan penyedap hati andai pasukannya keciciran mata.
Pelbagai alasan ‘itu dan ini’ akan dikeluarkan sama ada mengkritik pasukan lawan mahupun pengadil perlawanan.
Perlawanan di Turin
Kali ini, Mourinho tampil memberi alasan dengan menyifatkan kekalahan 3-1 pasukannya keatas Manchester City adalah berpunca daripada kerja keras mereka menewaskan Juventus dalam saingan Liga Juara-Juara, pertengahan minggu lalu.
Pengurus dari Portugal itu menjelaskan sebelum pertemuan derbi Manchester, pasukannya terlebih dahulu perlu menghadapi salah sebuah pasukan terbaik dunia iaitu Juventus.
Beliau membandingkan perjalanan lawannya Man City yang dengan mudah sekali menewaskan kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk dan meraih kemenangan besar.
“Semua perlu akur. Beraksi menentang Juventus selama 90 minit, berbeza dengan mengalahkan Shakhtar Donetsk 6-0 di gelanggang sendiri dan sangat santai”.
“Kami hadir untuk perlawanan ini dengan keadaan yang berbeza,” katanya Mourinho menerisi laporan TheStar.
Tambah Mourinho, “Ia bukan saja usaha secara fizikal namun turut memberi tekanan kepada mental. Saya yakin sesetengah pemain merasainya.”
Enggan kritik pemain
Pada musim ini Mourinho memilih untuk tidak mengkritik pemain walaupun berdepan dengan kekalahan.
“Orang yang tidak faham bola sepak membuat analisis berdasarkan statistik.”
“Saya tidak mengikut statistik. Saya beri perhatian kepada ‘rasa’ semasa perlawanan dan ia masih terasa kesannya hingga ke minit ke-80”.
“Kami melakukan kesilapan. Kami dihukum namun terus memberikan tentangan. Semangat kebersamaan di dalam pasukan ini adalah sesuatu yang kami cuba bina dan tidak mahu kehilangannya kerana satu kekalahan.”
“Tiada kritikan kepada pemain saya, semuanya positif. Saya bersama mereka dan begitu juga sebaliknya,” kata Mourinho.
Ketiadaan Paul Pogba
Mourinho turut mengulas mengenai pemain tengah Perancis Paul Pogba, yang terpaksa diketepikan kerana kecederaan.
“Saya tidak suka bercakap tentang kekalahan dan tentang pemain yang tidak dapat diturunkan”.
“Saya tidak gemar bercakap mengenainya, namun dia [Pogba] adalah penting untuk kami dalam banyak aspek”.
“Kami terpaksa menurunkan Fellaini dari awal dan dia tidak bersedia untuk aksi 90 minit”.
“Saya boleh bayangkan ketika ketinggalan 2-1 dan saya berpeluang menurunkan Fellaini sebagai pemain gantian yang segar, mereka pasti berdepan masalah besar”.
“Bila kami melakukan tekanan terakhir, Fellaini melaksanakan tugas dengan luar biasa untuk kekal di dalam padang, dan mengambil risiko berhadapan kecederaan.”
“Atas sebab lain kami tanpa khidmat Paul [Pogba] tetapi tidak bermakna tanpa Paul kami tidak boleh menang. Jadi ia bukan alasan”.