Kelemahan di jentera pertahanan jelas amat membimbangkan pengendali Tottenham Hotspur, Jose Mourinho yang bertekad untuk meningkatkan kualiti di posisi tersebut.
Selepas melalui 10 perlawanan di bawah kendalian jurulatih kelahiran Portugal tersebut, Tottenham sudah dibolosi sebanyak 17 jaringan.
Jumlah yang sememangnya membuatkan Mourinho pening kepala memikirkan keadaan yang sedang dialami skuad bimbingannya itu.
”Empat aksi di tempat lawan, kami memenangi dua perlawanan, tewas sekali dan seri sekali.” Adakah ia lebih baik berbanding sebelum ini? Ya. Adakah sempurna? Tidak.”
”Masalahnya ialah bagaimana cara anda melepaskan gol dan bermain. Bertemu [Manchester] United, gol pertama yang dilepaskan adalah gol yang teruk.”
”Kami memberikan reaksi, menyamakan kedudukan dan kami menamatkan separuh masa pertama dengan 1-1. Memasuki babak kedua dan kami melepaskan gol yang tidak masuk akal juga.”
”Itulah masalahnya. Kami bermain dengan sangat baik, kami mencipta banyak peluang tetapi kami tidak sentiasa menang.”
Meskipun jendela perpindahan musim sejuk sudah dibuka, Mourinho dilihat lebih berminat untuk memperbaiki kelemahan jentera pertahanan berbanding mendapatkan pemain baharu.
”Kami perlu untuk meningkatkan prestasi. Kami melepaskan begitu banyak jaringan dan ia sangat mengecewakan. Sekiranya saya sebagai seorang pemain serangan, saya akan begitu kecewa kerana bahagian belakang [pertahanan] tidak mampu untuk menghalangnya [dibolosi]. Ia mengecewakan.”
Kredit foto: Tottenham Hotspur