Jose Mourinho Dibaling Dalam Pertengkaran Dengan Ederson

Jose Mourinho dilaporkan terlibat dalam satu pertengkaran dengan penjaga gol Manchester City, Ederson selepas perlawanan derbi Manchester di Old Trafford pada malam tadi.

Laporan dari media di UK mengatakan Mourinho dibaling dengan susu dan juga air oleh individu yang gagal dikenalpasti, ketika suasana panas memuncak selepas perlawanan yang menyaksikan United ditewaskan 2-1 oleh skuad bimbingan Pep Guardiola.

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Bagaimanapun insiden pertengkaran sehingga mengakibatkan Mourinho dibaling itu dinafikan oleh seorang jurucakap Manchester City.

Sumber mengatakan Mourinho pergi menuju bilik persalinan Manchester City untuk mengarahkan pasukan lawan itu merendahkan suara ketika meraikan kemenangan tersebut.

Tindakan Mourinho menyebabkan satu pertikaman lidah berlaku di antara Ederson dan juga pengendali berbangsa Portugal tersebut.

(Photo by Stu Forster/Getty Images)

Saksi kejadian turut mendakwa sehingga 20 individu terlibat dalam pertengkaran tersebut, melibatkan kakitangan dari kedua-dua buah kelab. Jeritan juga jelas kedengaran daripada bilik persalinan pasukan lawan itu.

Penyerang antarabangsa Belgium, Romelu Lukaku yang melakukan dua kesilapan sehingga membenarkan David Silva dan Nicolas Otamendi menjaringkan gol, turut dilaporkan terlibat dalam pertengkaran tersebut.

Sumber daripada Manchester City turut berkara jurulatih mereka yang juga merupakan bekas pemain Arsenal, Mikel Arteta mengalami kecederaan di bahagian bawah mata akibat pertengkaran itu.

(Photo by Victoria Haydn/Man City via Getty Images)

Pertengkaran tersebut juga mengundang campur tangan pihak polis yang sememangnya sudah meletakkan anggota untuk membuat kawalan dalam perlawanan berkenaan.

Kejadian terbaru ini mengingatkan kita kembali kepada kejadian ‘Battle of Buffet’ yang berlaku di stadium yang sama pada 2004.

Pada ketika itu, Sir Alex Ferguson dilaporkan dibaling dengan kepingan pizza oleh pemain Arsenal.

Kejadian tersebut berlaku selepas berlaku ketegangan di antara pemain kedua-dua pasukan setelah Manchester United menamatkan rekod tanpa kalah selama 49 perlawanan Arsenal dengan kemenangan 2-0.

Misteri individu yang membaling pizza tersebut hanya terbongkar pada Oktober lalu, apabila pemain tengah Chelsea yang pada ketika itu beraksi untuk Arsenal, Cesc Fabregas melakukan pengakuan terbuka.

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN