Jose Mourinho: Alexis Sanchez Berpindah Kerana Mahu Beraksi Dalam Liga Juara-Juara Eropah

Jose Mourinho

Kegagalan Arsenal untuk beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini disifatkan oleh pengurus Manchester United, Jose Mourinho sebagai penyebab utama Alexis Sanchez memilih untuk meninggalkan kelab London tersebut.

Jose Mourinho menggambarkan bekas bintang Barcelona dan Arsenal itu sebagai ‘diperlukan’ dan percaya bahawa keinginan pemain berusia 29 tahun untuk beraksi dalam saingan berprestij di Eropah itu menjadi pendorong kepada penghijrahannya ke Old Trafford.

”Ianya benar kami memerlukan pemain baru, Alexis Sanchez, dan kami boleh sahaja menunggu pada jendela perpindahan musim panas nanti tetapi kami memilih untuk mendapatkannya pada jendela perpindahan yang lalu,” jelas Mourinho.

”Kami merasakan bahawa kami memerlukannya (Alexis Sanchez). Manchester United dalam Liga Juara-Juara Eropah adalah sesuatu yang besar. Alexis datang dengan segala usahanya untuk beraksi di peringkat Liga Juara-Juara Eropah.”

”Kami tahu sukar buat saya selaku jurulatih untuk memotivasikan pemain saya untuk beraksi dalam pertandingan yang kami tidak mahu sertai (Liga Europa).”

”Tetapi kerana kami memenanginya dan layak untuk ke Liga Juara-Juara Eropah jadi motivasi tersebut sentiasa wujud. Kami sentiasa mahu beraksi menentang pasukan terbaik.”

”Jadi Alexis datang ke kelab yang beraksi dalam Liga Juara-Juara Eropah.”

Sebagai rekod, Jose Mourinho berjaya membawa Porto dan Inter Milan bagi menjuarai piala yang menjadi idaman seluruh kelab di Eropah itu.

Di sebalik reputasi tersebut dan mempunyai skuad yang berpengalaman, pengendali dari Portugal itu tidak melihat skuad bimbingannya sebagai antara pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan ini.

”Ketika memenanginya bersama Porto, pasukan ini tidak berpengalaman dan sangat muda. Kebanyakkan pemain baru pertama kali beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah.”

”Ianya berbeza ketika bersama Inter Milan, ramai yang berusia melebihi 30 tahun dan ramai yang mempunyai pengalaman yang hebat tetapi tidak berjaya.”

”Skuad ketika ini (Manchester United) sedikit seimbang. Kami mempunyai beberapa pemain dengan pengalaman dan terdapat juga yang tidak mempunyai pengalaman.”

”Tetapi saya merasakan pada akhirnya kebiasaan saya akan mengatakan impian Liga Juara-Juara akan bermula pada saingan suku akhir dan bukannya 16 terbaik. Perjalanan yang masih panjang.”

”Apabila pasukan telah melayakkan diri ke suku akhir, itu adalah masanya. Walaupun tidak diletakkan sebagai pilihan, seperti kami, mereka akan mula menyedari apa sahaja akan berlaku.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN