Jose Mourinho Akui Marcus Rashford Terperangkap Dalam Tekanan

Kane explains the difference between Tuchel and Southgate Loading official content
Kane explains the difference between Tuchel and Southgate
Harry Kane explains the differences between Thomas Tuchel and Gareth Southgate as the England national team begins a new era under Tuchel's management ahead of their upcoming match against Albania.
0 seconds of 54 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
00:00
00:54
00:54
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya De la Fuente delighted with Dean Huijsen's senior debut: 'Great news for Spain' Rabiot's reaction to France's defeat to Croatia Tuchel: 'A full Wembley will be amazing' Alisson, Vini Jr & Co ready to face Colombia in Brasília Thiago Almada scores his first goal for Lyon Why always him? Nico WIlliams has no luck in rondos Germany's preparations ahead of Nations League clash vs Italy Donnarumma prepares for Azzurri's Germany test Behind the scenes: France's official 2025 squad photo at Clairefontaine Spain national team use iconic 2006 World Cup ball in training Thomas Tuchel's first training session as England manager Jhon Durán scores brilliant solo goal for Al Nassr vs. Al Kholood Dalot: 'Ruben Amorim doesn't have to prove what a great coach he is' Thomas Frank celebrates Brentford's fifth straight away win Pitchside Angle: Monteiro's acrobatic goal in the PSIS' chaotic box Behind the scenes: Raphinha and Brazil stars arriving in Rio Messi bags his trademark chip against Atlanta United Mbappé, Koundé & France players arrive for Croatia double-header Lihat lebih video Hayters - Pressbox di OneFootball

Peminat bola sepak sudah pasti tidak boleh menafikan lagi bakat luar biasa yang dimiliki penyerang muda kelahiran England, Marcus Rashford.

Di usianya baru mencapai 18 tahun, nama Rashford sudah mula menjadi bualan ramai apabila disenaraikan dalam skuad senior Manchester United pada tahun 2015

Prestasi cemerlang sepanjang bersama skuad akademi membuatkan Louis van Gaal berminat untuk menyenaraikan Rashford ke pasukannya bagi musim 2015/16.

Rashford tidak memerlukan masa yang lama untuk membalas kepercayaan yang diberikan pihak pengurusan apabila berjaya membuat kejutan pada penampilan sulungnya dengan menjaringkan gol ketika bertemu FC Midtjylland dalam saingan Piala Eropah 25 Febuari 2016.

Pada musim 2016/17, Rashford berjaya mencatatkan 11 jaringan dan 6 bantuan gol dalam 53 keseluruhan penampilannya untuk pasukan.

Kemudian, bagi musim 2017/18, beliau telah mencatatkan 13 jaringan dan 9 bantuan gol untuk 52 penampilan.

Walau bagaimanapun, prestasi Rashford dinilai mengalami sedikit kemerosotan pada permulaan musim ini.

Setakat ini, Rashford hanya mencatatkan 2 jaringan dan 1 bantuan gol dalam 11 penampilannya bersama pasukan.

Melihat situasi tersebut, ramai mula menyalahkan Jose Mourinho sebagai punca kemerosotan prestasi Rashford sehingga ada yang menyuarakan cadangan agar penyerang muda tersebut perlu segera meninggalkan United pada jendela perpindahan pemain Januari ini.

Tidak terkecuali bekas pemain Liverpool, Jamie Carranger yang turut menyuarakan pandangan dengan menyeru agar Rashford segera berhijrah meninggalkan United demi masa depannya.

Mourinho menolak andaian  

Melihat ramai yang mengritik dan menunding jari keatas Mourinho sebagai penyebab utama penurunan prestasi bintang berusia 21 tahun itu, beliau tampil mempertahankan dirinya dengan cuba untuk menjelaskan perkara yang sebenar.

Menurut Mourinho, punca Rashford gagal beraksi dengan baik sejak akhir ini adalah berpunca dari sikap orang ramai yang memberi tekanan terhadapnya.

Pengurus dari Portugal itu sebagai berkata, Rashford menghadapi tekanan yang tinggi semuanya adalah datang dari orang ramai.

“Saya fikir tekanannya terlalu tinggi.”

“Dia hanya berumur 21 tahun.”

“Berapakah pemain yang seusia 21 tahun sepertinya yang mempunyai lebih banyak masa untuk bermain di kelab besar, sama seperti England dan berapa ramaikah pemain mempunyai peluang itu, untuk mengembangkan potensi mereka ?” tanya Mourinho kepada media dipetik menerusi ESPN.

Tambah Mourinho lagi, “Saya rasa dia mempunyai keadaan yang terbaik untuk perkembangan.”

“Dia masih maju tetapi dia mempunyai keadaan yang hebat. Sejak Van Gaal membawanya ke pasukan, saya datang dan dia bermain dengan saya banyak kali, bermain di pasukan kebangsaan, bermain di Piala Dunia, bermain perlawanan akhir Piala Europa, bermain dua perlawanan akhir Piala FA.”

“Dia mempunyai peluang yang luar biasa untuk berkembang, saya yakin dengan apa yang telah dia lakukan.”

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN