Jose Mourinho Abadikan 3 Piala Eropah Dimenanginya Dalam Bentuk Tatu

Jose Mourinho tatu

Pengurus AS Roma, Jose Mourinho jelas sekali merupakan seorang figura yang cukup kontroversi dalam bola sepak.

Beliau yang penuh dengan kontroversi sejak di awal karier pengurusannya, terus mencuri tumpuan dengan ke mana saja dirinya pergi untuk menguruskan sesebuah pasukan.

Di Roma juga beliau tidak surut dengan drama dan kontroversi, ada saja perkara yang Mourinho akan lakukan untuk peroleh perhatian.

Kini, Mourinho tampil dengan cerita baharu, beliau telah mengabadikan tiga kejuaraan Eropah yang dimenanginya menggunakan tatu.

Dalam siaran Instagramnya, Mourinho berkongsi kepada pengikutnya beliau kini mempunyai tatu baharu dengan gambar tiga trofi Eropah yang dimenanginya.

Tiga trofi tersebut adalah UEFA Champions League (UCL) yang dimenanginya bersama Porto dan Inter Milan, Europa League (Manchester United dan Porto) dan UEFA Europa Conference League (AS Roma).

“Ini adalah tatu saya. Kegembiraan orang-orang Roma menjurus saya untuk melakukannya [mencacah tatu]. Kemudian saya terfikir mengenai sesuatu yang istimewa, sesuatu yang akan mengabadikan kesemua kelab yang saya memenangi kejuaraan Eropah bersama.

“Dalam masa yang sama, saya mahukan tatu yang unik, satu tatu yang saya seorang sahaja boleh memperolehnya. Alberto menunjukkan saya beberapa cadangan, saya tukarkan sikit coraknya. Inilah tatu saya,” tulis Mourinho di Instagramnya.

Tatu yang dicacah pada lengan kanannya itu menyaksikan trofi UEL pada sebelah kiri, UCL di tengah dan UECL di kanan.

Mourinho merakamkan sejarah pada musim apabila menjadi pengurus pertama yang menjuarai kesemua tiga piala Eropah selepas membantu Roma muncul juara.

Roma menewaskan Feyenoord dengan jaringan 1-0 untuk menjadi juara sulung kejohanan tahap tiga anjuran UEFA itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN