Jose Cleylton Puji Idea Taktikal Nafuzi Zain Buat Kedah

Pertahanan import Kedah Darul Aman (Kedah), Jose Cleylton menyifatkan taktikal diterapkan oleh pengendali kelab iaitu Nafuzi Zain berjaya memudahkan beliau untuk menyesuaikan diri bersama rakan sepasukan lain.

Cleylton menjadi rekrut baharu Kedah pada musim ini di posisi pertahanan dan beliau tidak mengambil masa yang lama untuk terus memberi impak positif buat pasukan.

Hasilnya, Kedah kini hanya dibolosi tiga jaringan sahaja daripada lapan perlawanan diharungi untuk membuktikan Cleylton bersama rakan sepasukan lain kekal kebal di posisi pertahanan.

Walaupun begitu, pemain dari Brazil ini tidak boleh menarik nafas lega lebih awal kerana mereka bakal mengharungi aksi seterusnya yang dijangka bakal memberi cabaran besar buat dirinya bersama Kedah.

Bagi aksi seterusnya, Cleylton bersama Sang Kenari bakal mengharungi aksi Separuh Akhir pertama Piala FA di Stadium Darul Aman (SDA) untuk melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Seperti diketahui ramai, JDT merupakan pasukan yang memiliki profil cukup tinggi daripada segi barisan pemain terutama di posisi serangan mereka bagi persaingan musim ini.

Walaupun begitu, Cleylton menyifatkan keserasian bersama peningkatan prestasi beliau bersama rakan sepasukan lain mampu untuk membantu Sang Kenari meraih keputusan lebih positif.

“Peningkatan tahap keserasian yang saya rasai adalah dari corak permainan yang diamalkan ketua jurulatih Nafuzi Zain yang memudahkan lagi saya untuk mengadaptasi serta menyesuaikan diri dengan pasukan.

“Kesepakatan dan persefahaman yang baik turut membantu saya meningkatkan keserasian sejak bersama pasukan pada musim ini,” ujar Cleylton menerusi laporan Berita Harian.

Pada masa sama, pemain berusia 31 tahun ini juga mahu tampil lebih fokus untuk pertemuan seterusnya menentang JDT yang dianggap mampu memberi kesukaran buat JDT.

“Saya perlu terus tingkatkan kemampuan saya dan yakin rakan seperjuangan juga yang berjaya mengekalkan kedudukan tanpa bolos kami sejak lima perlawanan lalu mahukan mengekalkan kedudukan itu.

“Jadi kami perlu bawa motivasi itu dan turun beraksi dengan penuh disiplin, fokus dan mengikuti setiap perancangan yang akan dilakukan oleh ketua jurulatih kami,” katanya akhir sekali.

Selain Cleylton, beberapa pemain seperti Irfan Zakaria serta Akmal Zahir juga dianggap mampu untuk memainkan peranan cukup penting buat pertahanan Kedah pada musim ini menerusi kualiti dimiliki mereka.

Sumber:
Berita Harian

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN