Jorge Sampaoli: “Leicester City Juara England? Itu Cerita Lama!”

Jorge Sampaoli memberikan kritikan pedas kepada Leicester City ketika ditanya mereka sebagai merupakan juara England ketika ini.

Beliau berpendapat yang kisah kemenangan Leicester City musim lalu merupakan kisah lama dan sepatutnya mereka fokus dengan cabaran yang menanti di hadapan.

“Apa yang penting adalah masa sekarang”

Sampaoli berkata sedemikian apabila ditanya pihak media dalam satu sidang media untuk perlawanan UEFA Champions diantara Sevilla dan Leicester City.

“Hari ini kita tak nak cakap pasal pasukan yang menang liga dengan sungguh bergaya.”

“Sebaliknya kita nak cakap pasal pasukan yang sedang bergelut dengan prestasi dan sedang menghitung nyawa dari tersingkir ke liga bawahan. Kita kena cakap pasal perkara yang jadi sekarang.”

Apa yang dikatakan Sampaoli adalah benar apabila Leicester City kini sedang bergelut di Premier League dengan hanya mampu memperoleh 1 mata sahaja untuk terselamat dari zon penyingkiran kini.

Namun begitu, prestasi mereka di UEFA Champions League cukup baik. Kekalahan mereka di tangan Sevilla pagi tadi adalah kekalahan pertama mereka di peringkat Eropah.

Pablo Sarabia dan juga Joaquin Correa menjaringkan gol untuk Sevilla sementara Jamie Vardy menjaringkan gol untuk Leicester City dalam perlawanan yang berakhir dengan 2-1.

Jangan terbuai mimpi lama

Sampaoli juga ditanya mengenai kedudukan Claudio Ranieri sebagai pengurus Leicester City ketika ini.

“Kalau ikut logik akal, seorang yang berjaya memajukan pasukan dengan sumber yang terhad ini pasti mampu nak naikkan semula prestasi pasukan.”

“Namun apa yang pasti mereka tak boleh terbuai dengan kejayaan musim lepas. Ya kejayaan itu memang hebat, tetapi mereka kena ingat yang musim lepas mereka punyai banyak kepercayaan dan musim kini mereka punya banyak keraguan.”

Baca juga: Zaza Dan Orellana Bantu Valencia Kejutkan Real Madrid

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN