Jordi Amat Puji Idea Taktikal Pengendali Indonesia Untuk Berdepan Burundi

Jordi Amat menjadi salah seorang pemain Indonesia yang akan menghadapi aksi pertama mereka tahun ini untuk aksi persahabatan antarabangsa berdepan Burudin pada malam ini.

Berdepan Burundi yang dibarisi rata-rata pemain beraksi di saingan Eropah, pastinya menjadi suatu pengalaman berguna buat Indonesia untuk menilai sejauh mana kekuatan semasa mereka ketika ini sebelum ke saingan Piala Asia.

Menurut Jordi, beliau jelas memuji segala rencana taktikal yang sudah diterapkan oleh Shin Tae-yong dalam usaha untuk memerangkap Burundi di laman sendiri bersama rakan sepasukan.

Menyedari pasukan lawan yang serba baik di segenap posisi, pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) itu menjangkakan aksi sengit bakal ditampilkan Burundi malam ini untuk memberi kesukaran buat Indonesia biarpun berkelebihan di laman sendiri.

Menerusi pengalaman dimiliki Jordi sebelum itu di pentas Eropah, pastinya beliau lebih mengetahui bagaimana cabaran akan dihadapi untuk berdepan pemain lawan yang memiliki aspek kekuatan fizikal.

Walaupun begitu, Jordi tetap optimis mengenai pasukan diwakilinya itu mampu melakar sesuatu yang positif, kerana percaya jurulatih mereka sudah pun membuat persiapan sebaik mungkin.

“Saya telah memiliki banyak pengalaman terdahulu ketika bertemu pemain lawan dari Afrika ketika dalam saingan English Premier League (EPL) serta La Liga.

“Pada saya ini bakal menjadi satu perlawanan yang sangat getir untuk dihadapi. Tetapi saya tetap optimis kami akan mempamerkan aksi permainan berkualiti. Idea jurulatih juga sangat bagus.

“Disebabkan itu, ayuh terus berdoa supaya kami mampu memberikan aksi mantap supaya para penyokong Indonesia juga gembira pada perlawanan tersebut,” jelas Jordi menerusi CNN Indonesia.

Pada masa sama, Jordi juga menganggap rakan sepasukan lain turut memiliki kelebihan tersendiri untuk mereka mampu tampil hebat ketika berdepan Burundi.

“Seperti anda semua tahu, pada saingan Piala AFF lalu kami mempamerkan aksi permainan menyerang serta menguasai perlawanan dengan begitu bagus ketika berdepan lawan.

“Disebabkan itu saya berharap kami dapat mengekalkan corak permainan sedemikian untuk dua perlawanan persahabatan ini. Dan ya, harapan juga agar kami mampu mencatat kemenangan pada dua aksi itu,” tambah Jordi.

Pada saingan Piala AFF lalu, Jordi gagal membawa Indonesia untuk mara ke pusingan final selepas mereka ditewaskan oleh Vietnam sebelum itu pada peringkat separuh akhir.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN