Jordi Amat Mohon Maaf Buat Peminat Indonesia

Pertahanan kental Indonesia iaitu Jordi Amat tampil dengan permohonan maaf buat peminat bola sepak negara tersebut setelah beliau sah tidak akan menyertai mereka bagi siri Kelayakan Piala Dunia pusingan ketiga akan datang.

Terdahulu, pengendali Sang Garuda iaitu Shin Tae-yong mengesahkan bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) ini terlepas peluang untuk mewakili Indonesia pada aksi seterusnya akibat kecederaan dialami.

Malah, pengendali tersebut juga menyatakan Jordi mengalami kecederaan dan terpaksa disisihkan selama lebih kurang sebulan untuk dirinya menjalani tempoh pemulihan.

Ini bermakna, bintang bola sepak Sang Garuda yang pernah beraksi di Eropah sebelum itu tidak dapat memperkukuhkan aspek pertahanan negara itu berdepan cabaran Arab Saudi serta Australia.

“Jordi Amat ada sedikit masalah. Jadi dia cedera di Liga Malaysia dan tidak pulih. Akhirnya harus beristirahat hingga empat pekan ke depan.

“”Jadi, saya sudah menghubungi Jordi Amat secara langsung dan diputuskan mungkin sepertinya susah dibawa ke untuk melawan Arab Saudi dan Australia,” katanya beberapa hari lalu menerusi perkongsian Bola.com.

Tampil dengan merendah diri, Jordi telah membuat permohonan maaf kepada para penyokong kebangsaan Indonesia atas segala yang berlaku sehingga beliau tidak dapat beraksi bersama Sang Garuda.

Walaupun tidak dapat bersama, Jordi yakin rakan sepasukannya mampu mencipta keputusan positif pada dua aksi bakal diharungi tidak lama lagi.

“Para penggemar Indonesia yang terhormat, dengan perasaan sedih, saya ingin menyampaikan bahwa meskipun saya sudah berusaha mempercepat waktu pemulihan, saya tidak dapat bergabung dengan Timnas untuk putaran ketiga kualifikasi Piala Dunia.

“Saya sudah berusaha semaksimal mungkin, namun sayangnya belum memungkinkan.
Meski begitu, saya tetap positif dan yakin sepenuhnya bahwa rekan-rekan di Timnas dan
seluruh Indonesia akan berjuang bersama untuk mencapai tujuan kita.

“Terima kasih atas dukungan luar biasa kalian, dan saya tak sabar untuk segera kembali ke lapangan bersama kalian,” jelas beliau di Instagram.

Permohonan maaf Jordi itu jelas mendapat reaksi positif dalam kalangan peminat yang menganggap beliau memiliki sikap terpuji untuk memohon maaf walau tidak dapat mewakili pasukan kebangsaan.

Rekod terdahulu menyaksikan pemain tersebut tampil cemerlang di pentas antarabangsa bersama Indonesia selaku pertahanan tengah selain turut diberi kepercayaan memakai lilitan kapten di lengan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN