Jordi Amat Bakal Terlepas Aksi Hadapi Cabaran China?

Pertahanan kental Indonesia iaitu Jordi Amat dijangka bakal terlepas untuk menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2026 seterusnya bagi pusingan ketiga selepas beliau dilaporkan mengalami kecederaan.

Untuk aksi seterusnya, Sang Garuda bakal menghadapi China selaku lawan mereka selepas pasukan itu mencatat keputusan seri terbaharu ketika bertemu Bahrain.

Jordi yang dianggap sebagai salah satu tonggak penting skuad kendalian Shin Tae-yong dibawa turun pada aksi bertemu Bahrain sebelum dirinya terpaksa keluar lebih awal pada separuh masa pertama.

Pada aksi itu, Jordi menampilkan aksi cukup baik sebelum dirinya ditukarkan bersama Rizky Ridho dan mencetuskan persoalan dalam kalangan peminat.

Menerusi perkongsian dibuat oleh Jordi di Instagram, beliau memberi bayangan mungkin akan terlepas pada aksi bertemu China yang dianggap sangat penting buat Indonesia untuk meraih kemenangan sulung.

Jelas pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) itu, beliau merasai kesakitan di bahagian pergelangan kaki sambil berharap dirinya akan cepat sembuh.

“Bermain dalam keadaan seperti ini memang sukar! Saya merasakan kesakitan pada pergelangan kaki ini lagi, saya berharap ia akan sembuh segera.

“Kami sudah tiba di China, dan walaupun terasa seperti kami telah pun melepaskan 3 mata terakhir, fokus kami sekarang adalah pada permainan seterusnya.

“Kami akan berusaha keras untuk mendapatkan 3 mata itu! Terima kasih semua atas sokongan anda,” kata beliau di Instagram.

Terdahulu, Jordi sudah pun terlepas dua perlawanan kelayakan tersebut kerana mengalami kecederaan serupa dengan dirinya tiada kerika aksi membabitkan pertemuan bersama Arab Saudi dan Australia.

Ketika keadaan beliau dilihat kembali pulih, Shin kembali menyenaraikan nama beliau untuk kembali memperkukuhkan jentera pertahanan Indonesia menerusi kualiti dimiliki beliau.

Namun, situasi kini menyaksikan nama Jordi mungkin sekali lagi akan tersisih selepas beliau melaporkan rasa tidak selesa pada pergelangan kaki.

Walaupun begitu, Sang Garuda masih lagi memiliki beberapa pemain gantian yang mempunyai kualiti tersendiri untuk digunakan Shin pada aksi bertemu China.

Pada pandangan anda, adakah Jordi bakal beraksi atau sekadar berada di bangku simpanan untuk siri perlawanan akan datang?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN