Jordi Amat Antara Pilihan Utama Shin Tae-yong Untuk Aksi Berdepan Burundi

Menjelang aksi persahabatan membabitkan skuad kebangsaan Indonesia menentang Burundi, beberapa persediaan awal dijangka bakal dibuat oleh pengendali utama Sang Garuda iaitu Shin Tae-yong.

Menerusi pilihan pemain yang ada, Shin jelas mempunyai rangkaian besar untuk membentuk skuad terbaik beliau untuk berdepan Burundi tidak lama lagi.

Salah seorang pemain tonggak yang dijangka bakal memperkuatkan skuad kendalian Shin ialah bintang pertahanan Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Jordi Amat.

Jordi boleh dianggap sedang menikmati awal musim yang terbaik buat JDT selepas sumbangannya bersama pemain lain menjadikan pasukan tersebut sangat kebal di posisi pertahanan.

Daripada empat perlawanan Liga Super dihadapi Jordi, pemain ini telah beraksi penuh dan membentuk gandingan berkualiti bersama bintang muda JDT iaitu Feroz Baharuddin.

Hadir sejak pertengahan musim lalu, kualiti serta pengalaman dimiliki Jordi tidak boleh dipertikaikan lagi dalam saingan Liga Malaysia, apabila beliau cepat menyesuaikan diri bersama kelab berkenaan.

Untuk Indonesia, penampilan Jordi dalam saingan Piala AFF mendapat pujian para penyokong berdasarkan prestasi semasa dipamerkan beliau sepanjang diberi peluang bermain.

Untuk aksi berdepan Burundi, pastinya pengalaman dimiliki Jordi sepanjang di Eropah sebelum itu amat ditagih Shin untuk merantai barisan pemain serangan negara tersebut yang bakal diketuai oleh Saido Berahino.

Selain Jordi, pengendali dari Korea Selatan itu masih mempunyai barisan pertahanan lain yang berpengalaman seperti Elkan Baggott yang jauh lebih muda dan berada dalam prestasi positif.

Baggott dijangka turut akan dipanggil oleh Shin untuk aksi persahabatan ini, kerana pemain itu tampil dengan sangat cemerlang kebelakangan ini bersama kelab diwakilinya iaitu Cheltenham Town.

Setelah tampil positif musim lalu bersama Gillingham FC dalam saingan EFL League Two dengan turut menjadi antara penjaring gol buat pasukan tersebut, kini Baggott telah pun dinaikkan pangkat ke divisyen lebih tinggi, EFL League One.

Malah, Baggott telah pun menghasilkan satu gol baru-baru ini bersama pasukan berkenaan ketika beliau bersama rakan sepasukan menentang Bristol City.

Kini, pastinya Shin mampu terukir senyum untuk menilai barisan pertahanan yang berada dalam prestasi terbaik beliau menerusi aksi pemainnya dalam prestasi terbaik.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN