Jordi Amat menjadi antara pemain Indonesia yang bersemangat kini untuk siri kelayakan Piala Dunia 2026, dengan pertahanan tersebut menggesa rakan sepasukan lain dapat memberikan fokus sepenuhnya untuk berdepan cabaran Brunei.
Malah, Jordi juga menyatakan supaya para pemain Indonesia lain tidak mengambil mudah akan cabaran yang mampu diberikan lawan pada saingan tersebut.
Timnas Indonesia akan berhadapan dengan Brunei Darussalam pada babak pertama Kualifikasi Piala Dunia 2026 zona Asia.
Semangat persiapkan diri, Garuda! 🦅🇮🇩#KitaGaruda #GarudaMendunia pic.twitter.com/iLc6w154Nw
— PSSI (@PSSI) July 27, 2023
Indonesia bakal menghadapi Brunei untuk siri kelayakan Piala Dunia 2026 bagi zon Asia pada bulan Oktober depan dengan format beraksi di laman sendiri serta berkunjung ke gelanggang lawan.
Untuk siri perlawanan akan datang, Indonesia terlebib dahulu akan melayan kunjungan Brunei dengan aksi dijangka berlangsung di Stadium Jakabaring, Palembang pada 12 Oktober ini sebelum mereka bertolak ke gelanggang lawan lima hari seterusnya.
“Kami sudah pun sedar akan tentangan yanh sudah ada di hadapan nanti. Malah, kami juga sudah pun mengetahuinya sejak lebih awal.
“Selain itu, kami juga sedia untuk menghadapi satu demi satu perlawanan untuk aksi berdepan Brunei. Baik di halaman sendiri mahu pun di gelanggang pasukan lawan,” ujar Jordi menerusi laman Bola.com.
Pada masa sama, dijangka kem latihan pusat skuad kebangsaan Indonesia bakal berlangsung pada 9 Oktober ini dengan fokus bakal diberikan pengendali mereka iaitu Shin Tae-yong bagi menghadapi cabaran Brunei.
“Persiapan yang dihadapi kami kini sangat positif dengan para jurulatih terutama Shin memberi sokongan sepenuhnya dan beliau yakin kami mampu melakukan dengan baik.
“Ini semua mengenai persembahan kami di atas padang untuk merencanakan pelan permainan serta mencapai sasaran telah ditetapkan,” tambah pertahanan Johor Darul Ta’zim itu.
Selepas mendapat taraf kewarganegaraan yang sah, Jordi telah pun menjadi pilihan utama pengendali dari Korea Selatan itu untuk beraksi di pertahanan tengah Indonesia.
Duo J, Julian Alvarez x Jordi Amat! 🔥#KitaGaruda #GarudaMendunia pic.twitter.com/XNydfMnq6u
— PSSI (@PSSI) June 21, 2023
Setakat ini, Jordi telah pun beraksi sebanyak lapan perlawanan bersama Sang Garuda serta sudah pun merekodkan satu jaringan secara keseluruhan.
Selain memberi sumbangan tenaga di atas padang bersama Indonesia, pemain berpengaman itu mengakui mahu mencurahkan ilmunya dalam pembangunan bola sepak di negara berkenaan.
“Saya ingin membabitkan diri serta mencuba untuk memberi lebih banyak sumbangan buat bola sepak di Indonesia,” kata Jordi akhir sekali.