Penjaga gol profesional biasanya akan dibekalkan dengan nota penalti. Ada antara mereka menghafal data yang dibekalkan oleh opta ataupun SAP – dan apa sahaja aplikasi statistik yang berkaitan.
Satu ketika dahulu Ben Foster menggunakan iPod – untuk membantu beliau ketika penentuan penalti menentang Tottenham Hotspur – dalam final Piala Liga 2009. Foster menyelamatkan 2 penalti ketika itu.
Para pengurusan Spurs membangkitkan isu itu. Namun penganjur mendapati tiada apa kesalahan dilakukan oleh Foster.
Sementara itu, pejaga gol muda Jerman – Julian Pollersbeck membuka helaian nota penalti yang diletakkan beliau di dalam stokingnya ketika Piala Eropah B-21.
Penjaga gol England – Jordan Pickford ada cara tersendiri untuk rujukan kepada penalti lawan. Dalam perlawanan persahabatan menentang Amerika Syarikat, kelihatan satu nota rujukan ditulis di pada botol air beliau.
Jordan Pickford tidak berhadapan dengan sebarang penalti dalam perlawanan tersebut. Namun beliau sudah bersedia dengan rujukan sekiranya berlaku penalti sekiranya berhadapan dengan penalti. Imej itu kelihatan ketika siaran langsung.
Nota itu menunjukkan beberapa nama pemain yang berpotensi menjadi pengambilan sepakan penalti dan ditulis arah kanan ataupun kiri.
Arah itu adalah berdasarkan kecenderungan pemain tersebut menghalakan arah sepakan mereka ketika penalti. Sudah pastinya data opta diperlukan dalam persiapan ini.
England menang 3-0 dalam perlawanan persahabatan tersebut.
Rumusannya, cara inilah yang digunakan Jordan Pickford selama ini untuk membantu beliau menyelamatkan beberapa penalti. Pickford juga membantu England menamatkan badi penentuan penalti di kejohanan kompetitif pada Piala Dunia 2018 – menewaskan Colombia.