Jordan Pickford Kutuk Gary Neville

Jordan Pickford merasakan dirinya menjadi mangsa layanan tak adil daripada media, hanya kerana beliau pemain kebangsaan England.

Penjaga gol Everton itu menyatakan beliau sangat terluka dengan kritikan melampau ke atasnya.

Pickford menjadi subjek kritikan sekali lagi selepas kesilapan ketika berhadapan dengan Crystal Palace, dalam aksi EPL Sabtu lalu.

Everton menang 3-1 dalam aksi tersebut. Namun Pickford meluahkan rasa tak puas hati beliau. Bercakap tentang kesilapan yang dilakukannya, Pickford menganggap ia sebagai memalukan.

Pickford kemudian mendengar kritikan teruk dilemparkan ke atasnya. Menurut Pickford, semua pemain 3 Singa menjadi mangsa kepada kritikan berlebihan.

“Saya rasa, media dan semua orang – lihatlah Gary Neville – mereka hanya mensasarkan pemain [kebangsaan] England.”

“Setiap orang akan menjadi sasaran. Itu adalah sebahagian daripada perkara yang kamu kena hadap sebagai pemain England. Kamu harus biasakan diri, kamu harus belajar.”

“Benda seperti itu, kamu harus cuba keluarkannya daripada kepala kamu. Kerana hanya kamu yang boleh membantu diri sendiri, dalam keadaan ini, di atas padang dan di pusat latihan.”

“Setiap pemain England akan terkena. Ada yang mendapat pujian lebih daripada yang lain. Lihatlah pada Joe Hart, ketika beliau menjadi penjaga gol nombor 1 England, beliau kerap dikritik setiap minggu.”

“Ianya nampak mudah. Semua orang tak suka kamu atas sebab tertentu. Saya cuma perlu biasakan diri. Saya tahu saya berkemampuan, dan tahu di mana kekuatan saya. Ya, itu agak menyakitkan.”

“Saya tahu saya telah bermain sangat baik untuk England. Ianya agak kelakar apabila ketika di England mereka memuji kamu. Tetapi apabila kembali ke kelab, semua orang kecam kamu.”

“Saya tak akan biarkan ia mengganggu prestasi saya. Namun ianya akan membuatkan kamu lagi sakit hati.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN