Jordan Mintah Mahu Jadikan Selangor II Mangsa Pertama

Hadir ke Liga Malaysia (Liga-M) dengan status penyerang prolifik sedikit sebanyak sudah tentu memberi tekanan kepada Jordan Mintah yang diberi tanggungjawab menjadi penggempur utama Terengganu FC (TFC) II pada musim ini.

Bersama pasukan Kaya FC, pemain kelahiran Ghana itu muncul selaku penjaring terbanyak Liga Filipina dengan merekodkan 31 gol pada tahun lepas dan beliau juga berpengalaman beraksi di pentas Piala AFC.

Mengakui beliau masih dalam proses untuk menyesuaikan diri bersama pasukan, ia tidak menghalang Mintah untuk menetapkan sasaran menjaringkan gol dalam penampilan sulungnya di Liga Premier ketika berdepan Selangor II di Stadium UiTM Shah Alam pada Ahad ini.

Beliau yang ditemubual oleh Berita Harian ketika ditemui di Kompleks Sukan Negeri Terengganu mengatakan sudah tidak sabar untuk membantu TFC II menjuarai Liga Premier untuk musim 2020.

“Seperti yang anda lihat semua pemain dan barisan kejurulatihan sudah buat yang terbaik untuk perlawanan pertama itu nanti. Jadi saya fikir kita dah bersedia sepenuhnya untuk bermain.

“Sebagai pemain sudah tentu ada sasarannya yang tersendiri iaitu meledak seberapa banyak gol selain mahu jaringan pertama bagi menaikkan semangat rakan sepasukan biarpun saya bermain dengan strategi, posisi dan formasi sedikit berbeza berbanding di Filipina.

“Bagaimanapun itu bukan menjadi penghalang buat saya, sebaliknya tetap akan lakukan yang terbaik dan harapan tahun ini dapat berada di puncak liga,” ujar pemain berusia 24 tahun itu.

Reputasinya di Filipina telah membuktikan bahawa beliau perlu diberi perhatian oleh pertahanan setiap pasukan. Mintah mula beraksi di Filipina ketika baru berusia 18 tahun pada 2014 bersama kelab Stallion Laguna FC sebelum menyertai Kaya FC pada tahun 2017.

Bersama kelab yang berpangkalan di Iloilo itu, beliau telah dinobatkan sebagai penyerang terbaik selama tiga musim berturut-turut. Pada musim lepas beliau telah menjaringkan 31 gol dalam 24 perlawanan liga.

“Selaku tonggak import yang dibawa masuk oleh pasukan diketuai jurulatih Roshadi Wahab bagi memperkuat pasukan, misi utama saya adalah untuk membantu pasukan mencatat kemenangan dalam setiap perlawanan bukan status penjaring terbanyak yang diburu,” katanya lagi.

Kredit Foto: Terengganu FC II

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN