Penjaring Terbanyak Liga Filipina Jordan Mintah Bakal Sertai TFC II?

Persiapan pasukan Terengganu FC (TFC) II bagi menghadapi saingan Liga Premier untuk musim 2020 kini semakin rancak apabila dikhabarkan bakal mengikat pemain import dari Ghana, Jordan Mintah yang merupakan penjaring terbanyak Liga Bola Sepak Filipina 2019.

Sekalipun ketua jurulatih TFC II, Roshadi Wahab dalam temubual bersama Bernama enggan mendedahkan identiti penyerang berpengalaman itu, beliau telah pun memberikan petunjuk dengan mengatakan pemain itu memiliki rekod cemerlang sebagai penjaring terbanyak Liga Filipina bagi tahun 2017 dan 2019.

Hasil carian daripada pihak SemuanyaBOLA, pemain yang dimaksudkan adalah Jordan Mintah dan pemain berusia 24 tahun itu dikhabarkan sudah tiba di negara ini bagi menandatangani kontrak bersama TFC II dalam masa terdekat sekaligus mengisi kuota empat pemain import bagi pasukan Liga Premier.

“Semua persiapan bagi pasukan saya (TFC ll) sudah selesai termasuk kuota pemain tempatan juga sudah cukup. Kita cuma tunggu seorang lagi pemain import dari Ghana yang dijangka tiba hari ini untuk lengkapkan pasukan dan memulakan latihan pramusim bersama pemain lain,” katanya.

Jordan Mintah mula beraksi di Filipina pada 2014 bersama kelab Stallion Laguna FC sebelum menyertai Kaya FC pada tahun 2017.

Bagi memantapkan barisan pertahanan pasukan, TFC II sudah pun mendapatkan bekas pemain PDRM, Argzim Redzovic bagi menggantikan Serhii Andrieve yang tidak disambung kontrak oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT).

Dua lagi pemain import, iaitu pemain tengah dari Ivory Coast, Dechi Marcel N’Guessan dan penyerang kelahiran Brazil. Bruno Suzuki terus dikekalkan bersama pasukan Pantai Timur itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN