Jordan Henderson: Masih Terlalu Awal Buat Liverpool

Henderson

Ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson menegaskan bahawa masih terlalu awal untuk melabelkan Liverpool sebagai pasukan pilihan untuk sekali lagi menjuarai saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Skuad bimbingan Jurgen Klopp meraih kejuaraan keenam saingan paling berprestij di Eropah itu selepas menundukkan Tottenham Hotspur 2-0 pada aksi final yang berlangsung di Wanda Metropolitano, Madrid.

Menurut Henderson, Liverpool kini lebih fokus bagi merintis permulaan positif dalam kancah UCL apabila akan menghadapi Napoli di Stadio San Paolo, awal pagi nanti.

”Saya merasakan masih terlalu awal untuk mengatakan perkara sedemikian.”

”Bagi kami, kami telah memulakan musim dengan sangat baik dan kami hanya mahu untuk meneruskannya. Kami masih merasakan yang kami boleh untuk semakin meningkat dan bertambah baik.”

”Itulah yang akan kami cuba lakukan [menentang Napoli]. kami akan cuma untuk memberikan segalanya dan memulakan saingan dengan cukup baik.”

‘”Saya merasakan berada di Liverpool, semua orang mahu untuk menewaskan anda, jadi ia sama juga seperti kami. Kami mahu menewaskan sesiapa sahaja yang akan kami hadapi, mereka juga mahu menewaskan kami,” ujar kapten berusia 29 tahun itu.

Selain Liverpool dan Napoli, kumpulan E turut menyaksikan kehadiran Racing Genk [Belgium] dan wakil Austria, Red Bull Salzburg.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN