Jordan Henderson Mahu Balakov Minta Maaf

Henderson

Komen daripada ketua jurulatih Bulgaria, Krasimir Balakov susulan insiden serangan perkauman pada aksi Kelayakan Euro 2020 melibatkan kedua-dua pasukan di Stadium Nasional Vasil Levski awal pagi tadi nyata membuatkan pemain tengah England, Jordan Henderson berang.

Henderson yang juga merupakan kapten Liverpool menuntut permohonan maaf daripada Balakov kerana pengendali berusia 53 tahun itu seolah-olah merelakan tindakan tidak bertanggungjawab penyokong Bulgaria itu.

Perlawanan Bulgaria menentang England terpaksa dihentikan sebanyak dua kali berikutan serangan perkauman yang dilemparkan penyokong tuan rumah terhadap anak buah Gareth Southgate.

Pemain pertahanan yang melakukan penampilan sulung bersama skuad England, Tyrone Mings, Marcus Rashford serta Raheem Sterling menjadi mangsa kepada perkara tersebut.

”Saya telah bercakap dengan pengurus tersebut. Ia sememangnya tidak boleh diterima – Sesuatu perlu dilakukan.”

”Sekarang ini dia perlu meminta maaf, benar, bagi pihak pasukan dan penyokongnya. Dia tahu apa yang telah berlaku. Dia bertanyakan kepada saya apa masalahnya,” ujar Henderson.

”Apabila saya mengatakan dia mengetahui apa yang berlaku, ia membingungkan bagaimana dia tidak tahu.”

”Diharapkan dia dapat memandang ke belakang dan meminta maaf kerana semua orang yang menyaksikan perlawanan itu akan benar-benar jijik.”

Kredit foto: England Football Team

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN