Ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson meluahkan kekecewaan selepas pasukannya mengalami kekalahan buat kali ketiga dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) awal pagi tadi.
The Reds terpaksa menelan kepahitan tumpas 2-1 keatas Paris Saint-Germain (PSG) sekaligus meletakkan pasukan itu berada ditempat ketiga dalam kumpulan C.
Henderson yang pada awalnya yakin dengan kemampuan pasukannya untuk mengulangi kejayaan di Anfield pada perlawanan pertama 19 September lalu, akhirnya terpaksa akur dengan kekalahan awal pagi tadi.
Sepatutnya menang
Menurut Henderson, Liverpool telah menampilkan corak permainan yang baik ketika berdepan PSG.
Bahkan, pemain kebangsaan England itu turut berpendapat bahawa pasukannya sebenarnya tidak layak untuk tewas pada perlawanan tersebut.
Liverpool telah berusaha sebaik mungkin untuk memenangi perlawanan itu sehingga tiupan wisel penamat.
“Kami kecewa kerana kami fikir kami cukup baik untuk datang ke sini (Paris) dan menang,” kata Henderson dipetik menerusi DailyStar.
“Kami terus berusaha sampai akhir, kami memberikan tekanan untuk menyamakan kedudukan. Kami menjaringkan satu gol dan terus berusaha. Kami terus berjuang, tapi sekarang nasib tidak menyebelahi di pihak kami seperti menang di Anfield.”
Tambah Henderson lagi, beliau mengakui kekalahan tersebut berpunca dari kesilapan pasukan di permulaan perlawanan.
“Kami memulakan perlawanan dengan tidak cukup bagus dan sebaliknya bagi mereka. Kami tahu apa yang mereka lakukan dan tentu saja kami kecewa dengan hal yang terjadi.”
Yakin lepasi peringkat kumpulan
Tugas berat perlu dihadapi naib juara UCL musim lalu itu apabila mereka perlu bergelut untuk bersaing dengan Napoli dan Paris Saint-Germain di peringkat kumpulan.
Napoli yang memimpin kumpulan C mengumpul 9 mata, sementara PSG 8 mata dan Liverpool 6 mata.
Perlawanan terakhir kumpulan C bakal menyaksikan satu pertembungan menarik diantara ketiga-tiga pasukan.
Liverpool bakal berdepan Napoli di Anfield, manakala PSG akan berkunjung ke Serbia bertemu Red Star Belgrade.
All eyes on Anfield. MD6. Tuesday 11th December.
Our #UCL permutations…
— Liverpool FC (@LFC) November 28, 2018
Henderson berharap tuah bakal memihak kepada mereka yang akan beraksi di Anfield dan beliau optimis pasukannya akan memberikan yang terbaik untuk memastikan Liverpool berjaya mara ke peringkat 16 pasukab terbaik.
“Kami harus menyelesaikannya di Anfield dan layak ke babak berikutnya.”
“Kami harus fokus pada perlawanan menentang Napoli dan melakukan apa yang mampu kami lakukan agar berjaya layak. Nasib masih berada di tangan kami,” tegas Henderson.