Jordan Henderson: Kritikan Tingkatkan Prestasi Saya

Jordan Henderson

Kapten Liverpool, Jordan Henderson mengakui keraguan orang ramai terhadap keupayaannya ketika menyertai The Reds telah menjadi pemangkin kepada perkembangan prestasi beliau ke arah yang lebih baik.

Pelbagai kritikan dilemparkan terhadapnya juga disifatkan sebagai pembakar semangat buat Henderson untuk berusaha keras dalam memperbaiki setiap kelemahannya.

Kerja keras Henderson selama ini nyata cukup berbaloi selepas beliau menjadi ketua pasukan Liverpool yang pertama menjulang trofi Liga Perdana Inggeris sejak saingan liga tersebut dipertandingkan bermula musim 1992/93.

Sebelum ini, beliau berjaya mengemudi kelab Merseyside itu muncul juara Liga Juara-Juara Eropah 2018/19 dan Piala Dunia Kelab FIFA 2019.

Bertunjangkan sifat kepimpinan dan keupayaannya mengemudi jentera tengah dengan baik, Henderson telah diumumkan sebagai Pemain Terbaik Tahunan England hasil undian yang dilakukan Persatuan Penulis-Penulis Bola Sepak (FWA).

”Saya merasakan kadangkala kritikan itu boleh menyakitkan. Anda memahami kritikan adalah sebahagian daripada bola sepak, tetapi jika anda merupakan pemain muda, ia amat sukar untuk ditangani kerana anda tidak biasa menghadapinya.”

”Di kelab besar seperti Liverpool, tahap jangkaan boleh mempengaruhi anda. Ia adalah berkaitan pembelajaran dan menghadapinya dengan sebaik mungkin,” ujar Henderson menurut laporan Goal.

”Saya telah menemui cara untuk menghadapinya melalui pengalaman. Sekarang saya lebih melihat kritikan itu sebagai ‘bahan bakar’ untuk mendorong saya lebih maju ke hadapan.”

”Saya tidak akan berhenti untuk menjadi lebih baik. Ia merupakan sesuatu yang sentiasa saya lakukan sehingga saya tidak lagi bermain bola sepak. Ia merupakan bahagian yang besar dalam hidup.”

”Gunakan [kritikan] sebagai tenaga dan motivasi untuk kita kembali dan meningkat. Itu sahaja yang saya pernah cuba untuk lakukan,” tambah Henderson lagi.

Kredit featured image: Jan Kruger/Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Jordan Henderson:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN