Jordan Bernasib Baik, Rekodkan Kemenangan Tipis Ke Atas Harimau Malaya

Saeed Jordan Malaysia

Aksi kemas dan cemerlang yang dipamerkan sepanjang babak kedua hampir membantu Harimau Malaya untuk mencalar ego Jordan apabila hanya tewas tipis 0-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, sebentar tadi.

Percaturan Tan Cheng Hoe masukkan Syafiq Ahmad membuahkan hasil apabila pemain yang meraih penampilan ke-11 antarabangsa itu berjaya memberikan dimensi baru kepada corak serangan skuad negara menerusi larian dan hantaran-hantarannya.

Tan Cheng Hoe tampil dengan lima perubahan berbanding skuad yang merekodkan kemenangan 5-1 ke atas Timor Leste dalam aksi kedua pusingan pertama kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 yang berlangsung pada 11 Jun 2019 yang lalu.

Sebagaimana Malaysia, Vital Borkelmans juga telah membuat lima perubahan ke atas skuad yang kali terakhir beraksi di Kejohanan Bola Sepak Asia Barat (WAFF) 2019 yang lalu, menang 3-0 ke atas Arab Saudi yang berlangsung pada 10 Ogos yang lalu.

Jordan mempamerkan penguasaan baik dan tenang di babak pertama menerusi serangan-serangan yang merbahaya menguji Farizal Marlias berbanding Malaysia yang sedikit longgar di benteng dan kekurangan impak di jentera hadapan.

Shahrul Saad Malaysia Jordan
FOTO: Aremilworks

Biarpun sesekali Harimau Malaya hadir melalui asakan ke kubu lawan menerusi Hadin Azman di sayap kiri dan Safawi Rasid di sayap kanan, namun ia langsung tidak menggugat penjaga gawang, Yazid Abu Layla. Seperti Safawi Rasid, dia dikawal oleh hampir tiga pertahanan lawan setiap kali bola di kakinya.

Safawi Rasid telah mempamerkan kesungguhannya seawal minit pertama lagi apabila berjaya melepaskan rembatan tersasar ke gawang pelawat dan itu merupakan salah satu daripada dua percubaan yang diciptanya di babak pertama perlawanan.

Begitupun, pasukan di ranking ke-99 dunia ini jelas berada di tahap tersendiri apabila akhirnya berjaya menjaringkan gol pertama perlawanan menerusi kapten, Saeed Murjan di minit ke-7.

Larian pantas Mohammad Al-Zubi berhasil membelah perangkap offside tuan rumah dan membuka ruang buat pelawat menerusi sentuhan baik Saeed Murjan untuk menewaskan Farizal Marlias di gawang. Jaringan kelapan daripada 85 penampilannya.

Malaysia tidak mengalah dengan masih cuba mengimbangi aksi babak pertama menerusi beberapa asakan ke kubu lawan namun benteng Jordan jelas kukuh dan tenang untuk menerima asakan.

Di saat Malaysia cuba untuk memburu jaringan penyamaan, The Chivalrous hadir dua kali untuk menguji kapten skuad kebangsaan, Farizal Marlias namun gagal mengegar jaring tuan rumah. Malaysia bernasib baik apabila percubaan Saleh Rateb dan Ahmad Ersan gagal memanfaatkan peluang di minit ke-18 dan ke-36.

Safawi Rasid Malaysia Jordan
FOTO: FAM

Hadin Azman yang tampil untuk kaps ke-8 gagal meledak gol penyamaan pada minit ke-23 apabila hantaran lintang rendah Matthew Davies di sebelah sayap kanan gagal disambarnya di hadapan gawang pelawat sebelum percubaan kaki kiri tersasar oleh Safawi Rasid empat minit menuju penamat babak pertama.

Harimau Malaya tampil dengan asakan awal dan kemas di babak kedua menerusi dua percubaan Norshahrul Idlan Talaha dan Safawi Rasid pada minit ke-47 dan ke-48 namun tersasar. Kemasukkan Syafiq Ahmad menggantikan Danial Amier Norhisham berjaya memberi nafas baharu untuk gerak asakan skuad negara.

Minit ke-58, sekali lagi Safawi Rasid gagal menghasilkan jaringan penyamaan menerusi sepakan percuma yang sedikit tersasar di sebelah kiri gawang yang dikawal oleh Yazid Abu Layla dan tuan rumah dilihat meneruskan tekanan ke atas kubu pelawat.

Gandingan dua pemain gantian di babak kedua, Hazwan Bakri dan pemain sayap, J. Partiban hampir memberikan gol buat skuad negara namun gerakan mereka di minit ke-64 telah berjaya dibaca oleh penjaga gol Jordan dan cemerlang untuk menafikannya.

Syafiq Ahmad Malaysia Jordan
FOTO: FAM

Kekemasan aksi babak kedua Malaysia telah menghalang Jordan untuk mengasak Farizal Marlias di gawang hampir keseluruhan babak kedua. Malaysia berjaya meningkatkan persefahaman dan tempo asakan jentera tengah dan serangan di babak kedua.

Jordan hanya tampil dengan asakan ke gawang Malaysia pada penghujung babak kedua menerusi tandukkan Yousef Abu Al-Jazar yang tersasar selepas menerima hantaran sepakan penjuru.

Ini merupakan kekalahan kedua buat Tan Cheng Hoe dan Harimau Malaya untuk tahun 2019 selepas kali terakhir tewas adalah dalam saingan Piala AIRMARINE kepada Singapura pada Mac lalu. Jordan akhirnya telah berjaya menamatkan rentetan empat kemenangan yang dicatat oleh skuad kebangsaan sehingga kini.

Kredit Featured Image: Aremilworks

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN