John Terry: “Saya Mungkin Akan Bersara, Tunggu Selepas Ahad Ini”

John Terry masih belum membuat keputusan tentang masa depan beliau. Chelsea tidak menawarkan sebarang kontrak baru untuk lagenda Chelsea ini.

Banyak kelab di dalam dan luar England mahukan John Terry. Ini selepas beliau sebelum ini mengumumkan akan meninggalkan Chelsea pada musim hadapan.

Pada masa yang sama Terry memberitahu beliau masih ada kekuatan untuk dipersembahkan di dalam padang.

Spekulasi bertiup kencang yang beliau mungkin juga akan ke MLS. Namun begitu, pertahanan veteran ini masih belum membuat keputusan tentang di mana beliau akan berada musim hadapan.

Sama ada beraksi di kelab lain ataupun bersara? Beliau akhirnya memberitahu yang beliau akan mengumumkan keputusan sama ada untuk bersara atau tidak selepas perlawanan liga terakhir Chelsea pada Ahad ini.

Terry berkata kepada Sky Sports:

“Saya tidak mahu menjadi pemain yang menjadi beban kepada kelab. Saya tidak mahu kerana saya pemain muda gagal diketengahkan.”

“Saya tidak dapat memberi jaminan yang perlawanan Ahad ini menentang Sunderland adalah perlawanan terakhir saya untuk Chelsea sahaja. Ia mungkin yang terakhir untuk karier saya.”

“Selepas banyak duduk di kerusi simpanan musim ini, ia adalah transisi yang mengubah cara saya melihat perlawanan.” Saya mula merasakan yang saya perlu pergi ke alam pengurusan.”

“Namun saya tidak nafikan peluang untuk terus bermain di England ataupun di luar England. Jika ada tawaran yang sesuai datang kepada saya. Saya akan berbincang dengan keluarga saya dahulu.”

“Secara jujurnya, saya masih tidak tahu apa keputusan yang harus saya ambil ketika ini. Saya sepatutnya sudah ada penilaian tentang hal ini. Tapi malangnya saya masih belum ada.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN