Jokowi Arah Wakil Kerajaan ‘Turun Padang’ Tangani Isu Tragedi Keganasan Bola Sepak Indonesia

Insiden keganasan yang membabitkan penyokong Arema FC semalam boleh dikatakan antara tragedi paling teruk pernah berlaku dalam suasana bola sepak di Indonesia.

Apa tidaknya, mangsa korban nyawa daripada insiden tersebut ketika ini sudah pun mencecah 130 orang dan banyak kerosakan telah dibuat di sekitar stadium perlawanan.

Zainudin Amali selaku Menteri Pemuda dan Olahraga (Menpora) mengakui telah mendapat arahan daripada Presiden Indonesia iaitu Joko Widodo (Jokowi) untuk menangani isu tersebut.

“Saya telah menerima arahan Jokowi untuk segera turun ke Malang bagi melihat situasi semasa yang berlaku serta melihat mangsa-mangsa kejadian di hospital berhampiran.

“Arahan Jokowi juga supaya pihak kami tidak lupa mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang meninggal serta membuat beberapa pemantauan lain,” jelas Zainudin Amali menerusi CNN Indonesia.

Beliau menyatakan ketika ini mereka akan bersama Ketua Polis Nasional Indonesia (Kapolri) iaitu Jeneral Listyo Sigit Prabowo untuk memantau keadaan semasa di lokasi kejadian semalam iaitu Stadium Kanjuruhan, Malang.

“Saya akan bertolak terus ke stadium tersebut untuk pemantauan. Setakat ini saya sudah pun berhubung bersama Kapolri dan wakil PSSI untuk bersama-sama melihat kesan tragedi semalam,” tambah beliau.

Sampai sahaja di sana nanti, pihak Menpora akan mengambil tindakan lanjut selepas melihat situasi dan mendengar penerangan lebih lanjut.

Jelas Zainudin Amali, tujuan mereka membawa Kapolri juga adalah sebagai tanda langkah berjaga-jaga sekiranya masih ada kekecohan bakal berlaku selepas kejadian semalam.

Zainudin Amali juga sudah meminta siasatan lebih lanjut dibuat ketika ini untuk mencari pihak bertanggung jawab mengenai insiden tersebut dan mendapat pengadilan yang sepatutnya.

Setakat ini, jumlah korban nyawa sudah pun mencecah angka 130 orang, termasuk dua pihak polis yang bertugas di sana pada hari kejadian berlaku selepas tamat perlawanan membabitkan Arema FC dan Persebaya Surabaya.

Jelas pihak polis, kebanyakan mangsa yang meninggal dunia disebabkan mereka tidak dapat menahan gas pemedih mata yang dilepaskan dengan banyak sehingga terjadinya situasi sesak nafas.

Tambah Zainudin Amali lagi, beliau mengakui Menpora sangat kecewa dengan situasi melanda semalam yang jelas menjatuhkan nama baik bola sepak di Indonesia.

“Jika kita lihat, skuad kebangsaan kita kini sedang bergerak ke hadapan dan memberi prestasi sangat membenransangkan di pentas antarabangsa, malah ketika berdepan pasukan lebih kuat pun Indonesia masih berhasil mencatat kemenangan,” luah Zainudin Amali dengan sangat kecewa.

Sumber:
CNN Indonesia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN